Showing posts with label Gurau Senda. Show all posts
Showing posts with label Gurau Senda. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Sebab Kenapa Lelaki Tak Boleh Pakai Syampu Perempuan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


mak aiii,panjang betul tajuk tapi entry nya simple jer..kalau nak tahu jawapan kenapa lelaki tak boleh pakai syampu perempuan,korang kenalah tengok video kat bawah ni yer..^_^




so,kaum lelaki? ada berani nak pakai syampu perempuan lagi tak?hahaha
p/s : bui dah buat header baru..ok tak?sampai sakit2 bahu bui ni..sheksssa..
then petang semalam jugak bui terima panggilan dari pihak Nuffnang..
nanti2 lah bui story pasal tu yer..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Thursday, April 25, 2013

Rumah Baru Saya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


mula2 mintak maaf yer
sebab entry ni entry berangan2 kak jenin..haha
takut ada yang percaya pulak nanti
tapi memang benar bui akan berpindah ke rumah baru
tapi bukan rumah yang ni
rumah yang ni hanya dalam impian serta angan2 semata




indah bumi Allah kan..subhanallah..
oh,ya gambar kat atas ni adalah dekat Flam Valley,Norway
mula la pasang angan2 nak ke situ..ngeeeeeeee


Take Care..♥

Sunday, February 10, 2013

Suami Boroi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



hubby bui kurus,berat pulak lebih ringan dari bui tapi tang perut memang ada ciri2 boroi..so,beruntunglah bui kan..haha..somi korang pulak macam mana?kalau x boroi,baik suruh boroi mulai dari sekarang...gurau jer k..


Take Care..♥..

Friday, February 8, 2013

Gambar Yang Mencuit Hati

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


semalam tengah google cari gambar untuk entry INI, dahku terjumpa satu gambar yang sangat mencuit hati kecil bui..korang tengoklah,confem tercuit jugak hati korang..hihihi


V
V
V
V
V
V


anak sapa lah debab sangat macam ni kan..
geram,macam nak gigit2 jer pipi dia..hikssss


pssttt : mood nak bercuti dah ni


Take Care..♥..

Wednesday, January 23, 2013

Nak Birthday Kek Tak?

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ada tak yang sambut hari jadi hari ni..?
eh,eh ramainya yang angkat tangan..hik2
ok,bui hari ni baik hati so bui nak bagi kek-kek ni untuk korang
ambik 1 jer taw...hehehe





very the kalerful


alahai,kalaulah betul2 dapat kek macam ni kan ke syiookkkk...
siapa pandai buat?bui nak tempah buat diri sendiri..hahaha


yess..esok dan lusa cuti..+ sabtu dan ahad so 4 ari x kerja..
yahoooo..boleh bersenang lenang macam dugung kat rumah..^_^


Take Care..♥..

Tuesday, January 15, 2013

Comel Dan Seksi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hihihi..bila seseorang jadi kreatif,
buah-buahan pun boleh jadi sangat comel dan seksi
tak caya,korang tengoklah gambar ni


buah kiwi pakai spender..
hihihi..seksi habis..^___^

NOTA BUI :
entry pendek2 jer minggu ni sebab bui bizi dengan budak2 khas

Take Care..♥..

Wednesday, December 12, 2012

Perhatikan Gambar Ini

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


kalau mata korang tak rabun lagi,
confem korang nampak ada imej yang tersembunyi dalam gambar ini...



dah nampak kan..
very the kreatif mereka yang buat ni kan..
tabik springlah..^_^


nota bui : minggu ni entry pendek2 jer taww


Take Care..♥..

Tuesday, December 11, 2012

Nak Bukak Yang Mana Dulu

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


kalau korang kan korang bukak yang mana dulu..?hehe



kalau bui,memang bui akan bukak mesej dulu,pastu baru notifications..last sekali baru lah fren request..korang pulak?


nota bui : mood 'BUTTERFLY'' tengah on..ngeee


Take Care..♥..

Saturday, November 24, 2012

Tidur Dengan Aku

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

gambar sekadar hiasan..^_^



seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat hatinya. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki inggeris yang terdengar jeritan wanita tadi, menyambutnya di balkoni.


wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
lelaki inggeris : sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
wanita : Bagaimana?
lelaki inggeris : Tidur dengan aku..
wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa? Tidak!!
lelaki inggeris : Baiklah kalau macam tu..




Lelaki Inggeris melepaskan semula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.


wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
lelaki Perancis : sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
wanita : Bagaimana?
lelaki Perancis : Tidur dengan aku..
wanita : Lelaki #)*&$@!! Aku tak mau!
lelaki inggeris : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu..




Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20 seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata..


wanita : Terima kasih, awak telah menolong saya.Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dgn awak.
lelaki Arab : Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut.)





moral of the lawak - JANGAN ANGGAP SEMUA ORANG SAMA..^_^


Take Care..♥..

Monday, October 29, 2012

Status Binatang Kalau Ada Facebook

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


selamat hari isnin semua..macam mana raya,confem meriah kan..berat badan pun confem meriah jugak naik ye dak..almaklum makan jer masa hari raya tu (bui letew)



ehem..ehem..saya comelkan..hikss


isnin macam ni takyah serius sangat..jom kita tengok kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?


NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajib.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki malam ni..



CICAK : isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24..



KUCING BETINA : “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”



AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh..



NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa



KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!



KHINZIR : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw... agak-agak laa weyh...




lucu kan..^_^..



oh,ya segmen bui akan berakhir esok,siapa yang belum join ,jomlah..masih sempat lagi ni..hadiah misteri untuk 5 blogger bertuah dah pun bui beli..bukan satu taww tapi yang bertuah tu nanti akan dapat 2 barang..(godaan..^_^)



Take Care..♥..

Tuesday, June 5, 2012

Kalau Anak Bertanya Pasal Seks..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


yuhuuu...apa khabar semua..harap2 korang sihat hendaknya k..bui pulak,alhamdulillah..sihat2 jer almaklum  lama bercuti..hihihi

hari ni takder entry pasal personal life yer,tapi ni ha..bui nak bagi sedikit panduan jawapan sekiranya anak2 kita bertanya pasal seks..budak2 sekarang kan dah semakin advance..soalan pun macam2 ada

macam anak bui hari tu si Firhan,boleh pulak dia tanya macam mana baby boleh ada dalam perut..jenuh jugak fikirkan jawapan logik yang boleh masuk di akal budak2...

oklah,jom layan..walaupun ada unsur2 lawak tapi terselit kelogikan nya disitu..



Jayman bertanya kepada bapanya....

Jayman: pak, betul ke make love tu best?

Bapak: haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

Jayman: tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?

Bapak: kalau kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

Jayman: tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?

Bapak: kalau kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu...kamu suka tak?

Jayman: betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan? 

Bapak: kalau hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?

Jayman: kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?

Bapak: kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?

Jayman: waaahhh... bapak ni pandailah!

Bapak: ^_^

Friday, April 27, 2012

Akibat Suka Berleter

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

gambar sekadar hiasan..*_*

hari ni bui nak bagi korang baca satu cerita tauladan yer..nak buat entry pasal diri sendiri takder idea pulak..so,jom membaca..

KISAH MORAL DARI NEGARA MATAHARI TERBIT

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu suka berleter dan sangat cerewet. Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu mendekatinya.


Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para jiran tetangganya yang merasa terganggu mula menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.


Akhirnya Oda pun termakan kata-kata jiran tetangganya.Dia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.


Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke dalam perigi.


Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.


Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga kerana tidak biasa dengan kesunyian.


Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik. Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan..


Oda lantas bertanya,

"Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab,

"Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."


moral of the story..korang fikirlah sendiri..

hehehe..hati dah tak sabar lagi nak fly besok..ngeeeee..sesiapa yang ada mintak ole2 tu sila bank in duit dulu k..hahahaha

Saturday, March 24, 2012

Dulu Dan Sekarang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


kaum lelaki jangan marah yer..kekekeke..*_*

entry pendek jer hari Sabtu ni sebab jap lagi nak keluar balik kampung..dah 2 minggu tak jenguk mak yang tersayang..rindu sangat dah rasa

bui ubah lagi wajah blog ni..semalam pukul 3 pagi tidur gara2 nak buat make over..blog tutorial pun bui dah ubah wajah..

tengoklah berapa lama wajah blog ni akan bertahan..hehehe..emang dasar (lagu Wali Band) diriku ini cepat jemu..hihihi

Saturday, February 4, 2012

Kalau Awak Ada Perempuan Lain,Cakap Jer

hihihi..sebelum baca surat ni,sengih dulu..*__*


agak2nya lah,ni surat budak darjah berapa yang tulis..sangat menggelikan hati betul lah..siap pakai pen merah lagi..marah ler tu...hihihi

'kalau sayang,tolong balas'..cehhhhh...comel..*_*

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday # 16


gurau2 saja yer..hehe
yang nama Aini tu kawan bui..
dia lah yang terover kreatif buat poster ni..

Friday, December 16, 2011

Soalan Bodoh


pernah alami situasi macam ni tak..hehe

teringat pulak dekat filem Cinta Kolestrol
ala..babak Osman Kering tengah cuci kereta tu
boleh pulak dia kena tanya tengah cuci kereta ker..?
sekali dia jawab..tak,tengah cuci kapal terbang..kekeke..*_*

Tuesday, December 13, 2011

Kisah Wi-Fi

selamat hari selasa semua..dah sarapan..?
bui sudah..sarapan nasik lemak dengan teh tarik..

nasi lemak penambah lemak..hihi
kenyang,alhamdulillah..
ok,pagi selasa yang sejuk (dekat sini) 
bui nak korang baca kisah lawak tentang wi-fi
ceriakan hari selasa korang dengan senyuman...*_*

**********************************************************************

WIFI punya cerita!!

Man : dey mamak,apa password WIFI kat sini?

Mamak : apa WIFI??

Man : ini kedai punya internet la..

Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak

Man : hah??

Mamak : "tajupakale..!"

Man : Apa tu..??

Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..

Man : Password dia tajupakale..!

Mamak : ya..tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Man : dey, mamak apa password dia??

Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!

Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik

Mamak : mana ada slah..tajupakale

Man : x boleh la dey!!

Mamak : boleh la...

Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!

Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)

Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!

Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..

Man : eh, ye ke...kau tekan la

Mamak : ini mcm tekan la 7777

Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"

Mamak : betul la saya cakap tajupakale..

Man : %@$#@%#!!!!...

sekian..*_*..

Tuesday, December 6, 2011

Surat Untuk Ayang (Luahan Hati Seorang Suami)

tadi surat dari isteri yang tak puas hati umtuk suami
sekarang surat balasan si suami pulak..

dear Ayang,

bukan lah Abang sayang keta tu lebih dari Ayang.. tapi Ayang kene faham keta tu mahal,kalau ilang sapa nak ganti.. Ayang,Abang suruh keja Ayang tak nak, Ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi Ayang tiap2 hari bangun tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah Ayang fikir mana x Abang tido dalam keta..

Abang balik keja lambat sikit Ayang dah kunci pintu..bukan nye Abang gi foya2 kan Abang gi keja…lagi satu pasal piza yang Ayang ngidam tu.. Ayang nak piza yg di oder dari Jepun.. mana lah Abang ada duit nak oder.. Abang nak bagi apam balik yang jual kat depan ofis Abang ni Ayang tak nak, Ayang nak jugak piza dari Jepun..

nasib baik Abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish x nak laa Abang.. pasal hadiah kan Abang dah belikan tapi Abang sembunyi kan kat dapur.. Ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah Abang suruh kemas umah tu Ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau Abang beli untuk Ayang..

sebenarnye Abang sayang Ayang lebih dari keta tu walau pun hantaran masa kita kawin cuma Rm80k..Ayang x tau bpe kali Abang turun naik bank nak wat loan Rm80k..tapi demi Ayang Abang wat jugak..

sebab masa tu Ayang kalau make up memang sebijik maya karin.. tapi sejak Ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali Ayang make up Abang terbayang lak muka pontianak dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam..bukan Ayang x cantik tapi kening Ayang tu gi cukur wat per.. walau pun Abang selalu cukur janggut Abang tapi Ayang xyah laa nak cukur kening Ayang tu…pasal morning kis tu, Ayang bangun pun dah tengah hari nak morning kis cam mana.. dah laa Ayang.. Abang malas nak citer ..

tapi Abang nak bagi tau jugak kat sini Ayang tetap no 1 dlm hati Abang.. nnti kalau naik bas tu bebaik.. Ayang nak balik kpg Abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke Ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti Abang balik kpg Abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk Ayang nnti bukan setakat calar jek silap2 leh masuk hospital..

Abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti Ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..Ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. Abang mmg x nak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana Ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut Ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg Abang kesian tapi muka Ayang lepas jatuh longkang tu x leh Abang nak bayang kan cam mana….tgk laa sendiri gambar tu..

ok lah Ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye Ayang

love,
Abang

**************************************************

tu dia balasan suami dia
kekeke..kesimpulannya jangan dengar dari sebelah pihak jer
masing2 ada salah sendiri..*_*

Surat Untuk Abang (Luahan Hati Seorang Isteri)


Ayang nak mintak kebenaran Abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung..

Abang tak perlu hantar Ayang sebab Ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas..

Abang jaga lah diri Abang dan kereta Abang baik-baik,cuma ada perkara yang ingin Ayang luahkan disini…

kereta baru Abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu Abang sayangkan kereta Abang lebih dari Ayang.. sampaikan Abang dah terlena dalam kereta Abang tu sejak Abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam…

Abang sayangkan kereta Abang lebih dari Ayang, nak tau ngape?

harga kereta Abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah Ayang letakkan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran Ayang lebih mahal dari harga kereta Abang?

tiap-tiap pagi Abang mesti gosok kereta Abang, nak nampak berkilat..tapi Ayang nak dapat kiss good morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori Abang beli kat kereta, Ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali Abang servis,Abang kata kena jaga maintainance..Ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta Abang make up lawa-lawa.. tapi kalau Ayang make up lawa-lawa Abang kata Ayang tak sedar diri

kereta Abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, Ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita Abang kata Ayang mengada-ngada

kereta Abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya Abang marah anak macam nak makan, Ayang jatuh longkang besar boleh Abang gelak

paling menyedihkan.. Ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta Abang.. kalau Ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta Abang takut calar.. Ayang calar takpe..

jaga diri elok-elok, sarapan Ayang dah sediakan,Ayang pi tak lama sekolah bukak Ayang balik lah dengan anak-anak..

pesanan Ayang.. :-

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
Ayang

*************************************************

lucu kan surat ni..hihi
kalau nak tahu si Abang tu ader balas surat Ayang dia tu
tapi nanti bui letak dekat next entry ok..*_*

Wednesday, November 2, 2011

Gambar Yang Menipu Mata

perhatikan gambar ini dekat2
lepas tu undur beberapa langkah ke belakang
tengok apa jadi..


perhatikan betul2..hehe
korang nampak apa..???
ce citer..