Showing posts with label Petua Best. Show all posts
Showing posts with label Petua Best. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Petua Membeli Kereta Terpakai

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Selamat Hari Isnin semua..korang kerja ker arini..bagi yang bekerja,no Monday2 blues ok..bui pulak cuti ari ni sebab jap lagi nak bawak Athirah pergi klinik..mata kanan dia bengkak sejak Sabtu..tak taulah kenapa,nanti dah jumpa doktor baru tau sebabnya


sebab free sikit pagi ni,bui terfikir nak update blog yang dah 2 minggu kena abai..malanglah nasib kau blog dapat tuan tak berapa nak rajin macam bui..hikhik..tapi dalam tak berapa nak rajin tu,setiap hari bukak blog taww,cuma nak upkan entry jer ada liat sikit..haha


ok,lah..hari ni bui nak kongsi PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI..sebab bui tengah pasang niat nak tukar Viva manual hubby dengan MYVI auto..p tak tau lagilah jadi ker tidak..mayb jadi kot,sebab kalau auto bui pun boleh bawak jugak g ke mana saja..ada niat tersembunyi nampak..hiksss


PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

A. PEMERIKSAAN LUARAN
  • Sila periksa pemegang pintu
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
  • Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
  • Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
  • Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
  • Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik


B. PEMERIKSAAN ENJIN
  • Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
  • Pastikan enjin tidak diubahsuai
  • Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
  • Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
  • Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik


C. PEMERIKSAAN DALAMAN
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
  • Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
  • Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
  • Pastikan lantai tidak berkarat
  • Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
  • Pusingkan stereng ke kiri dan ke kanan
  • Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
  • Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
  • Pastikan tali pinggang boleh dipakai
  • Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik


4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
  • Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
  • Pastikan meter suhu bergerak
  • Pastikan lampu minyak enjin menyala
  • Pastikan lampu bateri menyala
  • Cuba hidupkan enjin
  • Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
  • Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
  • Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
  • Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
  • Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
  • Tiada masalah semasa penukaran gear
  • Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
  • Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.
  • Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.


5. PEMERIKSAAN TERAKHIR

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta.


banyak perkara kita kena pertimbangkan sebelum beli kereta terpakai kan..sapa2 yang berhasrat nak beli bolehlah cuba petua kat atas yer..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Thursday, February 20, 2014

Khasiat Dan Kegunaan Cuka

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



Cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

# Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

# Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama 5 minit dan curahkan air panas.

# Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

# Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

# Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

# Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

# Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

# Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

# Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

# Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

# Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

# Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

bui pun nak try lah sebab banyak cuka berlebihan kat dapur tu..boleh jugak jimatkan belanja beli pencuci kat pasaraya kan..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Friday, July 12, 2013

Khasiat Epal Hijau

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




bila tengok komen dari DENO yang mengatakan epal hijau boleh menurunkan blood pressure terus dengan gigihnya bui carik kat google khasiat epal hijau..almaklum bila dah disahkan ada penyakit ni bui sangat2 menjaga pemakanan..^_^..sebelum ni memang tak ambik tau pun..huhu..tengkiu deno,really appreciate nasihat deno tu


so,bui nak share dengan korang semua jugak apa khasiat epal hijau ni..sharing is caring kan..^_^


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu :-

Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membran paru-paru.
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko barah.


Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


pstt : petang ni terus terasa nak beli epal hijau banyak2..ker,tanam jer belakang rumah,abis cerita..hikssss


SUMBER


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, June 4, 2013

Petua Hilangkan Batuk Anak

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


bui jumpa petua berguna ni di fesbuk,so nak share dengan korang jugaklah..^_^..bui dah try kat anak dara bui si Athirah,alhamdulillah kurang sikit dah batuknya..so,kalau anak2 korang batuk boleh lah try yer..inshaallah,sembuh..


PETUANYA...

Caranya mudah sahaja, ambil bawang putih, bakar sehingga kulitnya kehitaman dan lenyekkan ke dalam minyak masak atau minyak gamat. Sapukan ke dada anak anda.Lebih afdal di sapu sebelum tidur malam.

p/s:selamat mencuba semua


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, November 27, 2012

Petua Memutihkan dan Menguatkan Gigi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

hari ni tetiba terasa nak bagi petua pulak..lagipun petua ni nampak sempoi jer tapi amat berguna buat kita semua..ye la kan,siapa lah yang tak nak gigi kuat,putih berseri dan mulut tak berbau..korang nak..?bui tak nak..hehe..so jom sama2 kita amalkan,insyaallah berkesan..^_^




[ Petua Memutihkan Dan Menguatkan Gigi ]


Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.


Amalkan setiap hari.Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.


tapi,jangan lupa gosok gigi sebelum tidur taw..hehe


Take Care..♥..

Monday, April 16, 2012

Tips Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hari tu bui dah kongsikan dengan korang TIPS UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI kan..hari ni pulak bui nak bagi tips untuk mendapatkan anak perempuan pulak..jom kita baca


i. anda dan pasangan perlu melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum tarikh pengovuman

ii. biarkan suami mencapai klimaks terlebih dahulu semasa hubungan seks

iii. bagi wanita yang mengamalkan kaedah perancang kehamilan,anda perlu berhenti 4-5 hari sebelum pengovuman kerana ia dapat mengurangkan peluang sperma tiba dahulu pada telur

iv. anda dinasihatkan melakukan aktiviti seks pada waktu petang

v. anda juga digalakkan untuk makan lebih banyak ikan selain minum lebih banyak susu dan produk tenusu yang lain seperti keju dan yogurt

vi. amalkan juga memakan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli


cara nak dapatkan baby girl lebih simpel dari baby boy kan..sesiapa yang berniat nak dapatkan baby girl trylah tips2 diatas..

tapi sekali lagi bui ingin ingatkan,kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan segalanya ok..terima rezeki yang Allah bagi seadanya..

dan alhamdulillah,bui dah ada sepasang cahaya mata yang sangat2 bui sayangi..memang tak terfikir nak tambah anak lagi..tapi bila tengok baby,teringin pulak..hehehe

Saturday, April 7, 2012

Petua Menyegarkan Wajah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

sesiapa yang nak buat wajah segar secara semulajadi,
apa kata korang try petua yang sangat simpel ini..

BAHAN-BAHAN
ais batu
epal hijau

CARA-CARA

1. Cuci dan potong nipis epal hijau.

2. Kemudian, rendamkan epal tadi di dalam air batu selama 5 minit.

3. Setelah itu, letakkan di muka dan biarkan selama 15 minit.

4. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia juga boleh melicinkan kulit.

TIPS TAMBAHAN

bagi ibu-ibu yang hamil,bagus kalau korang amalkan makan epal hijau ni sebab boleh mengelakkan anak terkena penyakit kuning..selain tu,mata anak akan jadi cantik dan bersinar..

selamat mencuba yer..*_*

Thursday, January 26, 2012

Nak Cepat Di Pinang..?


yang dh kawen,jgn baca..hihihi..takderlah,semua boleh baca ni..*_*..manalah tau,nk bagitau kat kengkawan yg belum lagi sampai seru tu..kot2 bila die amalkan petua ni,tup2..ada org dtg meminang..

k,ni petuanya..rajin2 amalkan yer..insyaallah,manalah tau jodoh dtg dlm masa terdekat ni..

taaaaadaaaaaaaaa....meh rabbit gojes bagi tau..

V
V
V
V
V
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3x pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7x setiap hari selama 3 hari berturut-turut.
simple kan petuanya..tapi suka bui nak ingatkan..kita hanya mampu berusaha,tapi Allah yg menentukan semuanya k..

lately ni mood nak berblog agak menurun..biasalah macam tu kan..*_*..korang pun mesti pernah alami perasaan macam ni..

Friday, July 8, 2011

Petua Timun Lebih Rangup

petua pilihan bui hari ni..jom baca


 senang dan mudahkan..selamat mencuba..

pssttt : bui tak sihat sangat ni,sebab tu entry lambat dan pendek jer..huhu..*_*
maaf jugak jika hari ni bui tak BW sangat..nak rest,bolehkan..

Friday, July 1, 2011

Petua Menyejukkan Air Panas

yes..hari ni pulak entry untuk PETUA BEST..jom kita baca,kalau berkenaan boleh guna,mana tau berjaya..(macam pantun daaa..^_^..) sebelum tu,tengok dulu gambar yang bui buat untuk entry petua best kali ni..cantik tak..?sila puji,jangan keji sebab ini percubaan pertama bui edit gambar..kalau korang keji,nanti bui patah hati..hik2..


 ok,dah layan gambar korang layan lah pulak petua ni yer

Petua Menyejukkan Air Panas
Letakkan sebatang sudu besi ke dalam bekas minuman yang mengandungi air panas tersebut
jangan pulak korang baru letak sesaat dah minum,nanti melecur lidah bui tak tanggung..at least korang tunggu dalam 5 minit camtu dan korang tengoklah hasilnya..kalau tak berjaya,jangan marah bui..marah lah dekat orang yang pepandai buat petua ni..kui..kui..*_*

Sunday, April 10, 2011

Petua Tegangkan Payudara

model sambilan Google
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Saturday, March 19, 2011

Petua Menghilangkan Bau Ketiak

*pic from Google

encem nya si Beckham nih..
tengok ketiak dia,mesti wangi..wakaka..
kalau buchuk,takder nya Victoria nak melekat dengan Beckham sampai sekarang
so,kalau korang ada penyakit ketiak buchuk2 ni,pa kata korang try petua ni okeh
tak naklah buchuk2..muka encem pon jadi tak encem..kan..kan..

V
V
V
V
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Wednesday, March 9, 2011

Petua Memerahkan Bibir



Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Petua Mudah Bangun Pagi

pinjam gugel


ari ni aku nak bagi satu petua kat korang semua yg liat bangun pagi..mesti ramaikan yang malas bab2 bangun bagi ni..lebih2 lagi yg kuat enjoy pada malam hari nya..jgn tak ngaku..wakaka..

pasni,korang amalkan petua ni,insyaallah mudah lah hendaknya korang bangun dari tidur..bila mudah bangun tidur,kita pun x tergesa2 nak pergi kerja,pergi sekolah,pergi dating..eh,ader ker orang dating awal pagi..?ada kot..kalau tak tergesa2 semua benda yang kita buat akan jadi lebih teratur..ok,ni dia petuanya

V
V
V
V
V
~Mudah Bangun Pagi~
Sebelum tidur, tepuk bantal 3x sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niatkan dalam hati untuk bangun pagi.Insya-Allah, esok akan terjaga dengan sendirinya.

bagi yg bukan islam tuh,tak dapek lah den nak nulong..guno alarm clock ler jawabnya..hehehe..