✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿
bila tengok komen dari DENO yang mengatakan epal hijau boleh menurunkan blood pressure terus dengan gigihnya bui carik kat google khasiat epal hijau..almaklum bila dah disahkan ada penyakit ni bui sangat2 menjaga pemakanan..^_^..sebelum ni memang tak ambik tau pun..huhu..tengkiu deno,really appreciate nasihat deno tu
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya
digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini
kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu
mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium,
kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber
serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya
kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu :-Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.Mengurangkan risiko penyakit jantung.Membantu kesihatan membran paru-paru.Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.Membantu mengekalkan berat badan.Mengurangkan tekanan penyakit asma.Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau
penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum
sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas
menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang
sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah.
Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit.
Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan
kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
pstt : petang ni terus terasa nak beli epal hijau banyak2..ker,tanam jer belakang rumah,abis cerita..hikssss
SUMBER
Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥