Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Plan Ke Sabah Terpaksa Dibatalkan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


beria2 bui buat plan ke Sabah pada hujung bulan 3 ni
tapi rasanya memang terpaksa la dibatalkan
sebab krisis di Lahad Datu tengah 'hot' sekarang
walaupun Kota Kinabalu jauh dari Lahad Datu
tapi tetap jugak rasa risau..




bui dah booking hotel taww,cuma tunggu masa jer nak beli tiket 'belon'
nasib baik belum beli,kalau dah beli memang terpaksa jugak terbang
peta nak ke Kota Kinabalu pun dah beli
tapi bila adik bui yang kerja askar tu cakap jangan pergi dulu
terus kami cancelkan plan


belom ada rezeki nak ke Sabah..huhuhu..frust sangat
mayb tukar plan ke tempat lain jer la :(
apa2 pun sama2 kita doakan keselamatan mereka..
semoga isu ni jugak cepat2 la selesai
amin,ya rabbal alamin..#prayforSabah


malam tadi meleleh air mata bui bila tengok wajah keluarga mangsa yang
mengalirkan airmata menangisi pemergian orang tersayang..sobs..sobs..



Take Care..♥

Monday, March 4, 2013

Sedihnya..Anggota Polis Dari Sarawak Turut Terbunuh..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:


Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.


3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching



4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu


5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna


6. Kpl/S Salam bin Togiran
Masa: 10.30 pagi (van jenazah)
Tempat: Batu 15, Tawau.


Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.




[sms terakhir seorang Vat69] 

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.. 

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.." 



serius..memang sedih sangat!!!!..


Take Care..♥

Info Terkini Krisis Di Lahad Datu,Sabah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


jika nak dapatkan info2 terkini tentang krisis di Lahad Datu,Sabah korang boleh 'LIKE' facebook Kelab Penyokong Polis Di Raja Malaysia ini..(klik perkataan merah tu)


bui selalu mengikuti perkembangan isu di LD kat sini..macam2 info terkini ada..yang penting berita yang disampaikan adalah BENAR dan bukannya khabar angin semata2..


serius...lemah rasa semangat nak update blog bila diganggu dengan isu macam ni..lagi2 bila ada anggota keselamatan negara telah terkorban semasa menjalankan tugas..


lagi risau,bila adik bui seorang askar..bila2 masa dia orang mungkin akan di minta untuk datang membantu..


sama2 kita berdoa agar tiada lagi yang terkorban dan semoga isu ni cepat2 selesai


#pray for SABAH..


Take Care..♥