Monday, March 4, 2013

Sedihnya..Anggota Polis Dari Sarawak Turut Terbunuh..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:


Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.


3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching



4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu


5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna


6. Kpl/S Salam bin Togiran
Masa: 10.30 pagi (van jenazah)
Tempat: Batu 15, Tawau.


Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.




[sms terakhir seorang Vat69] 

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.. 

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.." 



serius..memang sedih sangat!!!!..


Take Care..♥

23 comments:

Kniedaz said...

sedih betul dengar ada lagi yang terkorban..dah macam ni pun ada pihak2 yang menyokong perbuatan penceroboh ni..huh

sHi Ma said...

Moga negara kita akan kembali aman... Sedih kak dgn apa yg berlaku...

ejulz said...

duhal ada juak org swak terkorban.. cney dpt msg terakhir ya?

Suria Amanda said...

Alfatihah...sedih sgt..lagi sedih baca mcm2 update dalam facebook....

Mummy MM said...

Piluk t mewk nengar cdak towk makin banyak yang meninggal =[

Anum said...

:)
singgah petang

Fifi Nadhrah said...

rase nak menagis bui~ bergenang air mate..

cHeN@ said...

semoga semuanya selamat yer...

cHeN@ said...

semoga smuanya selamat yer...

cHeN@ said...

semoga semuanya selamat...doakan keselamatan semua

ajumohit said...

marilah kita berdoa agar mereka semua dilindungi Allah, dan andai mereka gugur, perginya mereka secara bermaruah demi pertahankan negara

cIK kOpI MaNis said...

sedih bila dgr berita..tambah sebak bila dgr lagu nie..semakin banyak dah terkorban,,ntah bila nak berakhir tak tahulah..Semmoga mereka ditempatkan dalam kalangan org yang beriman.da pergorbanan mereka tidak sia2 kelak..

Anonymous said...

Takziah buat keluarga cdak..
Harap2 masalah tok cepat selesai..

Miss N™ said...

takziah....
bilalah semua ni akan berakhir....

Unknown said...

sedih betul dengan kejadian ini..sebak tengok ahli keluarga pewira kita yg terkorban..

alfatihah untuk pewira2 kita yg terkorban..harapnya akan berakhir dgn segera..

haryati said...

touching nya hati ni bui....
besarnya nilai pengorbanan dia...

Ibu Lala said...

Sedih kan berita ni. Apalagi la isteri dan anak anak mangsa. Moga mereka tabah hadapi ujian ini.

emarieys said...

Takziah dan Al-Fatihah

Anonymous said...

sedih sgt2!

Cikrosecute said...

Sedihnya baca sms tue...huhu..

Shida Radzuan said...

alfatihah bt yg terkorban..

Unknown said...

YANG DARI BUKIT AMAN PUN ADA KAN... TAKZIAH BUAT DIAORANG.. BERJUANG UNTUK KEAMANAN KITA SEMUA

ALFATIHAH

Mrs Velentine said...

RIp dialah perwira kami