Saturday, September 17, 2011

Bila Terlalu Mengantuk

pernah tak situasi begini berlaku dekat korang..?
jangan sampai jadi macam ni yer..hehe
kalau dah mengantuk g tidur lam bilik
jangan tidur depan komputer/laptop nanti membahayakan kesihatan..(auta jer..*_*)

Thursday, September 15, 2011

Kata-Kata Hikmah

suka gila tengok gambar ni..*_*
selamat hari khamis semua..
bui betul2 bizi semalam
nak update blog pun tak sempat..terukkan..
memang takder bakat nak jadi blogger tegar
huhu..setakat blogger picisan pun tak apalah..*_*

hari ni pun masih bizi sebenarnya
tapi blog mestilah kena update kan
nanti korang rindu pulak..haha..
hari ni pun takder cerita panas cuma
bui nak berkongsi kata2 hikmah ni..

kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

sekian..ada cukup masa nanti..bui akan skodeng blog korang balik yer..*_*..

Tuesday, September 13, 2011

Langgar Binatang Sampai Mati

selamat hari selasa semua..cuaca sekarang..MENDUNG..sejuk jer rasa..kalau dekat rumah ni mesti syiookk..faham2 ajerlah..tidur ler kerjanya..hihihi

hari ni bui nak cerita kat korang..kalau Anum kena langgar orang..semoga cepat sembuh yer Anum..bui pulak dah terlanggar 2 ekor binatang yang telah menyebabkan kematian..

cerita nya begini..kejadian berlaku masa bui dalam perjalanan balik ke Kuching lepas berhari raya di kampung hubby hari Jumaat 2 September 2011 lepas..kalau perjalanan pergi hubby bui yang drive..tapi oleh kerana hubby kena sakit mata (red eyes)..dengan berat hati bui pulak yang terpaksa ganti tempat dia..

masa dekat jalan Mukah ke Sibu tu..dari jauh bui dah nampak sesuatu dekat atas jalan..ingatkan ranting kayu jer jadi bui tak perlahankan kereta..bila dah semakin dekat baru jelas rupa2 nya yang bui sangkakan ranting adalah seekor ular kecil..

malangnya ular tu..sebab bui drive laju 90km/j..(laju ker..?)..bui tak sempat nak brek..kreeeekkkk (agak2 bunyi camtu kot..huhu)..penyeklah ular tu kena langgar..kesian ular tu tak pasal2 jadi mangsa..maafkan bui yer sang ular..bui betul2 tak sengaja..

lepas langgar ular..dengan perasaan bersalah..bui teruskan jer drive..anak2 dan hubby tak perasan bui langgar ular tu..sebab dia kecik jer kan..kereta memang takder efek langsung..tapi bui bagitau lah dekat hubby yang bui dah langgar sang ular..hubby cakap takper..biasalah tu kalau kita langgar binatang..

bila hubby cakap macam tu..barulah lega perasaan bui..tapi dengan tidak semena-mena tidak lama lepas tu bui terlanggar lagi seekor binatang iaitu kucing..kucing tu secara tiba-tiba berlari ke arah jalan raya..zasssss..

sekelip mata betul kejadian langgar kucing tu..bui memang tak sempat brek langsung..bila dah langgar bui perlahankan kereta..tengok2 kucing tu dah terkulai dekat atas jalan raya..sedihnya hati bui masa tu..terus rasa give up nak drive..

anak2 bui dan hubby pun terkejut dengan kejadian langgar kucing ni..masing2 diam seribu bahasa..lepas beberapa ketika baru kami masing2 bercerita pasal kejadian tu..hubby bui cakap takper dah ajal kucing tu nak sampai..huhu..kesiannya sang kucing..

inilah pengalaman pertama bui drive dan langgar binatang..sampai sekarang masih terbayang2 badan kucing tu dekat atas jalan..susah jugak nak lupakan peristiwa ni..maafkanlah bui yer sang ular dan kucing..bui betul2 tak sengaja..huhu..

lepas ni minta2 janganlah perkara ni berulang kali..kena lebih berhati2 drive kereta..baru langgar binatang..kalau langgar orang..tak taulah apa nak jadi..mesti trauma dan fobia nak bawak kereta rasanya..NAUZUBILLAHIMINZALIK..minta dijauhkan..

"ANDA TIDAK BOLEH MENCIPTA PENGALAMAN..ANDA MESTI MENGHADAPINYA"
~Albert Camus~

Monday, September 12, 2011

Hujan Lebat..Otak Jadi Lembap

salam semua..selamat hari isnin..*_*
cuaca dekat sini sekarang..HUJAN LEBAT..
bila hujan..otak jadi lembap..alasan konon..hehehe

bila otak lembap..
idea nak buat entry pun takder

blank sekejap..kan dah cakap idea takder
saja jer bui ni kan..
k,lah bui nak chow cin cau dulu

tapi sebelum itu
bui nak tinggalkan korang dengan ayat ciptaan bui sendiri ni
sila renung-renungkan yer

"HARGAILAH KEBAHAGIAAN YANG KITA MILIKI..JANGAN TERLALU MEMUJA DAN CEMBURU DENGAN KEBAHAGIAAN ORANG LAIN HINGGA TERLUPA KEBAHAGIAAN KITA SENDIRI.."

sekian..*_*

Saturday, September 10, 2011

Tak Kemana-Mana,Ada Di Sini Saja

tema hijau
tema biru
layan ajerlah dulu gambar raya yang tersimpel di dunia ini..hahaha 

cuba baca ulang2 tajuk entry..macam lagu pun ada kan..haha..lama betul bui tak update blog..bui takder kemana-mana sebenarnya..ada kat rumah ajer tapi bizi sangat2..ulang alik ke sana ke sini..almaklum hari raya..open house merata2..hari ni pun bui nak pergi open house a.k.a re-union rumah kawan..seronok nak jumpa kawan2 yang berbelas tahun tak jumpa..esok pulak ada jugak jemputan dari kawan..kawan dah jemput wajiblah pergi kan..selain dapat makan free..boleh jugak mengeratkan silaturrahim..kan..kan..hihi..isnin ni dah start kerja..rasa malaslah pulak..dah lama cuti...korang pun mesti ada rasa macam tu..banyak yang bui nak cerita ni..pasal bui langgar 'sesuatu'..pasal sakit mata..pasal 'seseorang'..nantilah..bui akan cerita satu persatu lepas semuanya dah selesai..insyaallah..now,bui nak bersiap2 nak pergi open house a.k.a reunion bersama member sekolah..chow cin cau..

pstt: macam mana raya korang..
meriah tak..?
atau ada tersimpul kenangan yang bermakna..
ce citer..*_*