Showing posts with label Musim Di Korea. Show all posts
Showing posts with label Musim Di Korea. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Jom Ke BUSAN Korea

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


....bila dahku dah start berangan nak Korea,mulalah sibuk mencari maklumat pasal tempat2 menarik di Korea..eh,eh..BUSAN nampak macam best jer..jom kita sama2 baca info yang menarik tentang BUSAN..(bukan BOSAN yer..BOSAN tu lagu Stacy..)


Dikelilingi gunung-ganang di satu bahagian dan laut berangin di bahagian lain, serta rebakan bandar yang memenuhi setiap ruangnya, Busan memancarkan aura menarik yang ringkas dan selesa seperti di rumah sendiri. Di "ibu kota musim panas" Korea inilah anda dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semula jadi paling indah di negara ini. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Antarabangsa Busan yang terkenal di serata dunia. Dengan senyuman mesra daripada penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, tidak hairanlah jika bandar kedua terbesar di Korea Selatan ini menjadi tempat percutian utama untuk penduduk tempatan dan juga pelancong.


..kalau ke BUSAN wajib melawati 5 tempat ni..

1. Kuil Haedong Yonggungsa
Kuil Haedong Yonggungsa jelas menonjol berbanding kuil Buddha lain yang sezaman dengannya. Terletak di pinggir laut berbatu, seni binanya yang indah menjadi halwa mata yang jarang dapat ditemui di tepi laut. Dewa utama di sini ialah Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut, dan dipercayai bahawa menyeru namanya berulang kali semasa anda berada di sini akan membawa tuah.


2.Bangunan APEC Nurimaru
Dibina untuk Persidangan APEC pada 2005, bangunan ini benar-benar menampilkan pesona seni bina dan menjadi simbol Busan. Konsep ini diilhamkan daripada 'pavilion' iaitu rumah tradisional Korea musim panas, dan pemandangan memukau Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaegyo dari jauh melengkapi persekitaran yang menarik ini. Bangunan ini terletak di Pulau Dongbaekseom yang indah.


3.Pasar Ikan Jagalchi
Selamat datang ke pasar makanan laut terbesar di Korea - pasar tempatan yang serupa seperti Pasar Ikan Tsukiji yang terkenal di Jepun. Beribu-ribu gerai dengan bertan-tan ikan dijual dan dibeli setiap hari, menjadikannya antara tempat paling menarik untuk dikunjungi di Busan. Minta agar makanan laut anda dibersihkan dan dimasak pada masa itu juga, atau disediakan mentah untuk dimakan sebagai sashimi. Enaknya!


4.Pantai Haeundae
Pantai paling terkenal di Korea menyajikan keriangan dengan aktiviti ski jet, luncur air dan berseronok-seronok di bawah sinar mentari! Keseronokan tidak berakhir setakat di situ! Selami dunia hidupan laut dalam akuarium terbesar di Korea, terletak betul-betul di sebelah pantai ini, yang menawarkan terowong bawah air sepanjang 80 meter dan simulator yang mengagumkan!


5.Menara Busan
Jika anda tidak sempat melawat Menara Seoul's N Seoul, Menara Busan juga tidak kalah sebagai tarikan pelancong yang popular! Terletak di Taman Yongdusan yang cantik, menara setinggi 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh bandar. Meterai cinta anda secara simbolik dengan mangga kunci yang menghiasi pagar di sekeliling menara, atau berikan jagung kepada merpati yang tinggal di situ. Anda boleh menggunakan eskalator lereng bukit untuk naik ke menara.


....ni pulak info untuk cuaca di Busan...


Musim panas
22°C - 26°C
Minum banyak air.


Musim luruh
18°C - 25°C
Masa yang sesuai untuk bersiar-siar.


Musim sejuk
-3°C - 6°C
Bawa jaket supaya kekal hangat pada malam yang dingin.


Musim bunga
9°C - 18°C
Masa terbaik untuk melawat sewaktu musim Pesta Bunga Sakura.



...kalau dahku memang akan pilih musim luruh..confem sangat cantik pemandangan masa tu..oh,bila lah impian dahku ni akan jadi kenyataan..hehehe......(part berangan memang no.1..^_^)


Take Care..♥..

Monday, December 26, 2011

Musim Yang Sesuai Ke Korea

tengah lagi gigih cari maklumat tentang Korea ni..bukak web ini,bukak web itu,klik sana,klik sini dan akhirnya bui jumpa maklumat yang di cari2..maklumat yang bui cari adalah seperti tajuk entry dekat atas..musim yang sesuai ke Korea


almaklum sebelum nak pergi ke sesebuah negara atau negeri tu ofkos ler kita buat research dulu kan supaya kita boleh ambil langkah berjaga-jaga semasa berada di tempat orang..


ok,semua tahu negara Korea ni ada 4 musim kan iaitu:-


MUSIM PANAS-SUMMER
bulan Jun,Julai,Ogos
cuaca musim ni panas,lebih kurang macam dekat Malaysia
waktu ni ramai rakyat korea akan ke pantai
kadang2 hujan turun dengan lebat pada musim ni
average temperature 35'c..(panaskan,confem berpeluh ketiak..hihi)
kalau pergi masa musim panas ni,sila bawak cermin mata hitam,minum banyak air dan jangan lupa payung




MUSIM LURUH-AUTUMN
bulan September,Oktober,November
masa yang sangat sesuai nak lawat Korea
boleh tengok daun2 bertukar warna dan berguguran di bumi
(rata2 yang dah ke Korea cakap musim luruh ni sangat indah permandangannya)
average temperature 20'c (agak sejukkan..)
kalau pergi musim ni,sila pakai footware yang sesuai sebab akan banyak berjalan untuk menikmati pemandangan yang indah di Korea



MUSIM SEJUK-WINTER
bulan Disember,Januari,Februari
siapa nak main salji boleh pilih musim sejuk ni
average temperature -10'c
uiiii,sejuk tu..freezing
jangan lupa bawak baju sejuk tebal2 yer

pssttt : ramai yang kata,kalau nak g Korea bersama anak2 kecil
jangan pergi masa musim sejuk



MUSIM BUNGA-SPRING
bulan Mac,April,Mei
siapa nak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ni
dengan langit yang membiru,mesti best jalan2
average temperature 10'c..still sejuk kan
jadi jangan lupa bawak jaket tebal


apa2 pun terpulang dengan diri masing2 nak pilih musim apa kan..
ikut keselesaan sendiri..kalau bui nak pergi,bui pilih musim AUTUMN rasanya..
senang nak jalan2,cuaca pun ok masa tu
uishhh..harap2 impian bui ni jadi kenyataan satu hari nanti..amin..*_*


semua info ni bui dapat dari internet,
kalau yang dah pernah ke Korea,
sila betulkan bui jika ada kesilapan..
gambar2 pun pinjam dari Google..TQ