Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Kembali Selepas Bercuti

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

balik dari KL hari ahad tu,bui terus kena demam..nasib baik hari isnin tu ambik cuti rehat..dan hari selasa pulak cuti umum..hari ni alhamdulillah dah ok sikit

badan semua sakit2 terutama kaki sebab banyak sangat berjalan..almaklum ke KL cuma 1 hari jadi masa yang ada kena gunakan sepenuhnya

sabtu tu kita orang sampai ke KL dalam pukul 7 malam..flight delay 30 minit..lepas tu pulak perjalanan dari LCCT ke KL Sentral ambik masa 1 jam lebih

macam kenal..hihihi

kaum wanita pun ada jugak

berkain pelikat pulak dah..

ganas..
sumber gambar perhimpunan BERSIH - kat sini

rupa-rupanya ada perhimpunan BERSIH yang tak berapa nak bersih..menyusahkan orang betul lah..jalan banyak yang kena tutup dan kedai pun terpaksa tutup awal

secara jujurnya bui memang tak pernah ambik tahu hal2 politik ni,jadi apa yang orang2 BERSIH ni perjuangkan memang bui tak tahu langsung..

masa kami sampai dekat hotel Lotus dekat jalan masjid jamek tu kan,banyak betul polis dekat situ..orang yang pakai baju kuning pun banyak duduk2 dekat tepi jalan

tapi bui,hubby dan anak2 buat muka selamba jer lalu kawasan tu..(ada aku kisah..hehe) check in,letak barang dalam bilik,rehat 10 minit lepas tu terus keluar lagi sebab nak pergi ambik adik bui Sheila di Putra Jaya Sentral..

sebab malam tu adik bui lewat sampai dari Cameron Highlands (dalam 1130 malam) plan kami nak ke I-City tak jadi..huhuhu..




frust sangat tapi nak buat macam mana..lain kali,insyaallah kami akan sampai jugak...

to be continue..cehhhh...jap g nak blogwalking..rindu dengan korang semua..*_*