Thursday, November 10, 2016

Link Untuk Dowload Drama Korea / Jepun

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Mesti ramai yang suka tengok drama Korea atau Jepun kan..tapi selalu x sempat nak layan kat TV..dun worri,kat sini ada link untuk korang download drama yang korang suka..bila2 masa free boleh tengok..

http://www.dramakhu.ga/

Itu jerlah update bui untuk hari ni..slow-slow,idea nak update panjang2 nanti akan datang sendiri..hihihi

Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Wednesday, November 9, 2016

Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku Online

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Fuhhh..nasib baik masih ingat email dan password blog..kalau x berkubur tanpa nisan la jadinya blog INI BLOG BUI..

Sebab dapat ingat balik so nak update la sesuatu..nak update pasal drama 7 Hari Mencintaiku yang diadaptasikan dari novel juga


Siapa dah baca novel mesti tau cerita ni memang best..novelnya memang agak tebal dan memerlukan ketabahan yang tinggi untuk menghabiskannya..bagi yang bukan kaki novel rasanya memang sampai tertidur kot..tapi bagi orang macam bui dah memang hobi suka membaca jadi novel yang tebal macam tu x jadi masalah..kacang je..ewahhh

Kalau x silap dalam masa 2 hari bui dah boleh habiskan.drama ni .sekarang tengah hangat (hangat ker) ditayangkan di TV3..baru start Isnin..so hari ni Rabu episod ke 3..

Siapa2 yang terlepas menonton di kaca televisyen..chileex ok..boleh layan kat online..dun worri..zaman teknologi u..hahaha..

Nah link nya
http://www.kbergetar.com/2016/08/drama-7-hari-mencintaiku-full-episode.html

Layan jangan tak layan..best cerita ni (kalau ikut novel lah)

Hingga bertemu lagi..tata!!

Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Thursday, August 13, 2015

Muncul Semula

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Heeee...lepas dekat nak setahun baru muncul lagi
Entah ada tidak yang sudi baca entry terbaru Bui ni
Takperlah..kalau takder pun Bui x marah sebab Bui tahu salah sendiri kan..haha

Hari ni agak free sikit..tetiba rindu pulak dengan blog pepel Bui
Banyak perkara berlaku dalam hidup Bui dan Bui yakin mesti banyak jugak perkara yang dah berlaku dalam hidup korang kan..

Takpe,hidup jer berubah tapi orangnya tetap masih sama kan
Bui masih seperti dulu..anak masih 2 orang..sekarang yang sulung dah tahun 3 dan yang perempuan pulak tahun 2..dah besar anak2 Bui kan

Nah..Bui belanja korang 2 gambar masa hari raya tahun ni...
Kot2 boleh buat melepaskan rindu dan untuk mengingatkan kembali wajah blogger yang pemalas bernama Bui ni..hahahaha




Ok..rasanya setakat ni dulu untuk hari ni..lenkali Bui datang lagi k..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, December 8, 2014

RINDU SERINDU RINDUNYA

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ya allah..rasa nak menitis air mata bui bila bukak blog ni..rinduuuuuuuuuuuu sangat dekat INI BLOG BUI..haha..memang malanglah nasib kau blog dapat tuan pemalas macam bui..

tapi dalam malas2 tu rasa rindu menggebu2 dalam jiwa..ewah..

tak tau nak update apa sebenarnya cuma ni aje lah dulu yer..enjin belum panas lagi..hahaha

siapa yang sudi baca,terima kasih banyak2..siapa yang sudi bagi komen lagilah banyak2 terima kasih

dan terima kasih jugak buat pihak NUFFNANG sebab masih sudi bagi CPUV..walaupun dah hampir setengah tahun blog ni tak berupdate tapi alhamdulillah masih ada CPUV tengah on going..syukur..

mintak2 lah lepas ni bui makin rajin update blog...aminnnnnn!!!!


**nasib baik masih ingat password..kalau lupa habislah...


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Wednesday, May 7, 2014

Shopping Online

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




sekarang banyak betul laman web shopping online wujudkan..rambang mata dibuatnya..poket pun rabak bila nafsu berbelanja tak dapat dikawal..bernanah rasa hati bila harga terlalu mahal..tapi keinginan nak memiliki membuak2 dalam hati


oh yer setakat ni,bui pernah shopping online di

Lazada
Moredeal
Mos Fashion
Zalora
Pop Look
Mydeal
Dealmates


apa lagi erkkk..rasanya ada lagi tapi dah lupa..almaklum pompuan memang tak boleh nak dipisahkan dengan shopping..kalau stress bui suka window shopping..kalau gaduh dengan hubby,release tension dekat shopping complex..pastu buat2 terbeli baju,terus sejuk rasa hati..hahahaha


mudahkan hidup zaman sekarang..semua dihujung jari..nak shopping..klik-klik jer depan pc..fuhhhh,sedar tak sedar melayang $$$$..pastu nyesal tak habis bila barang sampai,tak muat..sebab perasan diri saiz S padahal...huh..bui letew..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, May 6, 2014

Facebook vs Instagram

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿





hi geng semua..lately ni bui makin malas nak update blog..tak taw kenapa,apa dah jadi padaku..hehe..update status di fb pun gitu jugak..tapi bui rajin me 'komen' dan me 'like' status kawan2 bui..cuma nak postkan status tu yang bui dah jarang buat..selalunya bui akan post gambar kat Instagram dan link kan sekali dekat fb..


kalau Instagram memang bui selalu update..ambik gambar then letak caption pastu post..simple giler kan..


cerita tentang fb ni kan..bui terasa tak selesa nak update status selalu di fb,sebab ada sesetengah 'friends' tu berkawan dengan kita sebab hanya nak stalker kehidupan kita jer..(alamak,perasan retis la pulak)..tapi ini betul2 taww..kenyataan..bukan artis jer orang suka stalk,orang2 biasa macam kita2 yang takder apa2 ni pun ada orang stalk..menakutkan..


macam satu hari tu..bui jumpa kawan lama..yang dah berbelas tahun tak bersua muka tapi dia antara friends bui dalam fb..bila kami terberjumpa (ayat baru),kami pun berbual-bual..rupa2 nya kan apa yang bui update di fb selama ni semua dia tahu..bermakna dia baca tapi yang peliknya dia tak pernah like pun status2 bui tu apatah lagi nak bagi komen..dalam hati bui terus berkata..amboii,tak boleh jadi ni..terasa risau pulak ada 'stalker' macam tu


sejak dari hari tu,bui dah kurangkan sikit update status di fb..yang selalu bui buat sekarang,update kat IG jer pastu link kan kat FB..ada siapa2 nak follow bui di IG tak?kalau ada cari jer puanbui k..lebiuuu..♥♥♥♥


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Friday, May 2, 2014

Kempunan Tapi Alhamdulillah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hai semua..harap2 korang sihat seadanya yer..usah ditanya mengapa bui lama menghilang..hikhik..penyakit malas belum sembuh sepenuhnya..^_^


hari ni rasanya ada mood 'rajin' sikit sebab tu adanya entry ni..juz nak suarakan perasaan kempunan ni jer..nak beli tapi mahal sangat rasanya..sebab tu tajuk entry sebegitu rupa..bukan kempunan telur tembakul yer tapi kempunan nak beli baju jer..hahaha


korang tengok 2 gambar ni..
(bui print screen dari laman web Zalora..hehe)






arghhh..bernanah hati tengok sebab semuanya cantik..tapi harga mahal tahap dewa..mayb bagi korang tak mahal tapi bagiku Rm400+++ tu dah cukup mahal...(lari belakang pintu nangis laju-lajuuuuu)


syukur alhamdulillah...tetiba..^_^..ngeee..sebab..


ada 7 BE tengah on going anywhere in my blog..
i lebiuuu Nuffnang!!!!!
chewahhh..hahahaha..ok,ok..chowww..
see u olls next time..^_^..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Friday, March 14, 2014

4 CPUV Tengah On Going

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

syukurlah,walaupun masih jarang update sekarang rezeki dengan Nuffnang masih kencang..amboiii,kencang bagai..hahaha..macamlah dia sorang yang dapat CPUV Campaigns kan..




nak tahu cerita-ceriti tentang Nuffnang di blog bui ni,klik ajer link CERITA TENTANG NUFFNANG yer dan jangan lupa klik kalau nampak iklan2 ni erkkk..maceh..lap u olls..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Bernard Park-KPOPSTAR Season 3

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


peminat2 drama / rancangan Korea mesti tau rancangan ni kan..KPOPSTAR..sekarang dah masuk season ke-3..kalau season 1 dimenangi oleh Park Ji Min dan season 2 pulak dimenangi oleh Akdong Musician,siapa lah agaknya yang akan menang untuk season 3 pulak erkkk...


sama2 kita nantikan hingga habis pertandingan ni k..insya allah,nanti bui update siapa yang menang k..


tapi bagi bui peserta favourite bui kali ini adalah BERNARD PARK..sora sedap,muka pun not bad..hihi..



bui paling suka dengar dia bawak lagu ni..




Senarai Top Ten KPOPSTAR 3

1. Kwon Jin Ah
2. Almeng
3. Sam Kim
4. Han Hee Jun
5. Bernard Park
6. Jjarimongttang
7. Jang Han Na
8. Bae Min Ah
9. Nam Young Joo
10. Something

sapa berminat nak tahu perkembangan rancangan ni..check it out HERE..ewah..^_^..last but least,teruskan berdoa semoga pesawat,krew dan penumpang MH370 ditemui semula..amin..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Monday, March 10, 2014

Petua Membeli Kereta Terpakai

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

Selamat Hari Isnin semua..korang kerja ker arini..bagi yang bekerja,no Monday2 blues ok..bui pulak cuti ari ni sebab jap lagi nak bawak Athirah pergi klinik..mata kanan dia bengkak sejak Sabtu..tak taulah kenapa,nanti dah jumpa doktor baru tau sebabnya


sebab free sikit pagi ni,bui terfikir nak update blog yang dah 2 minggu kena abai..malanglah nasib kau blog dapat tuan tak berapa nak rajin macam bui..hikhik..tapi dalam tak berapa nak rajin tu,setiap hari bukak blog taww,cuma nak upkan entry jer ada liat sikit..haha


ok,lah..hari ni bui nak kongsi PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI..sebab bui tengah pasang niat nak tukar Viva manual hubby dengan MYVI auto..p tak tau lagilah jadi ker tidak..mayb jadi kot,sebab kalau auto bui pun boleh bawak jugak g ke mana saja..ada niat tersembunyi nampak..hiksss


PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

A. PEMERIKSAAN LUARAN
  • Sila periksa pemegang pintu
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
  • Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
  • Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
  • Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
  • Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik


B. PEMERIKSAAN ENJIN
  • Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
  • Pastikan enjin tidak diubahsuai
  • Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
  • Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
  • Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik


C. PEMERIKSAAN DALAMAN
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
  • Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
  • Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
  • Pastikan lantai tidak berkarat
  • Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
  • Pusingkan stereng ke kiri dan ke kanan
  • Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
  • Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
  • Pastikan tali pinggang boleh dipakai
  • Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik


4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
  • Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
  • Pastikan meter suhu bergerak
  • Pastikan lampu minyak enjin menyala
  • Pastikan lampu bateri menyala
  • Cuba hidupkan enjin
  • Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
  • Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
  • Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
  • Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
  • Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
  • Tiada masalah semasa penukaran gear
  • Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
  • Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.
  • Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.


5. PEMERIKSAAN TERAKHIR

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta.


banyak perkara kita kena pertimbangkan sebelum beli kereta terpakai kan..sapa2 yang berhasrat nak beli bolehlah cuba petua kat atas yer..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Pray For MH370

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿




dun forget to PRAY FOR MH370..sebak bila memikirkan kemungkinan yang bakal kita ketahui tapi jangan putus berdoa moga2 keajaiban berlaku..ALLAH maha berkuasa atas segalanya..


sekarang terlalu banyak spekulasi yang kita baca..sila jangan percaya selagi tiada pengesahan dari pihak kerajaan yer..ikuti perkembangan terkini dengan mata hati bukan emosi..peace!!!


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Thursday, February 20, 2014

Khasiat Dan Kegunaan Cuka

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



Cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

# Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

# Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama 5 minit dan curahkan air panas.

# Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

# Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

# Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

# Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

# Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

# Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

# Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

# Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

# Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

# Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

bui pun nak try lah sebab banyak cuka berlebihan kat dapur tu..boleh jugak jimatkan belanja beli pencuci kat pasaraya kan..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, February 18, 2014

Alhamdulillah..Rezeki Datang Lagi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ok,ni entry ke 2 untuk tahun 2014..tahniah buat diri sendiri sebab dah upkan 2 entry setakat ni..haha..rasanya mood nak berblog dah datang balik ni..alhamdulillah..

semangat kian bertambah ni,sebab bila bukak Nuffnang,ada BE tengah on going..syukurlah dan terima kasih buat pihak Nuffnang sebab masih sudi bagi BE dekat blog bui

BE ke 3 

BE ke 1 dan ke 2 tapi dah metered dan hasilnya cuma..
tengoklah sendiri..hikhik

dah cash out pada 4.2.2014 untuk kali ke-3 dengan hasil yang tak seberapa
sebab salah sendiri..hehe..

Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Monday, February 17, 2014

Teringin Tapi Was-Was

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


hi semua..long time no see kan..
blog pun dah bersawang,banyak nya labah2 berkeliaran
hikhik..meet me the lazy blogger again in Feb 2014..^_^
ok,ni my first entry pada tahun 2014
wah,satu pencapaian yang sangat membanggakan..haha


arghhhh..tension betul bila mood nak berblog tak dtg2
kalau nak tahu,tiap hari bui bukak blog sebenarnya
bukak jer,tapi tak update
nak kata takder cerita,banyakkkkk
tapi itulah..malassss


ok2..ekceli bui upkan entry ni bukan nak bercerita
tentang kemalasan ku itu tapi nak mintak pendapat korang ni
bui nak try makan supplement tapi tak berani nak makan sebarangan
takut jadi lain pulak kan..memanglah ada testimoni pelanggan
tapi macam melebih2 pulak,lebih kepada propa jer
ataupun memang betul2..wallahualam


ni ha, 2 produk ni buatkan bui teruja nak try tapi tengah fikir-fikir dulu
sapa antara korang pernah try,meh kongsi pengalaman boleh?

nak try sebab dikatakan boleh menambahkan stamina..tapi yang paling terasa
nak try sebab boleh mengetatkan miss V..hehe

minum ni dikatakan boleh dapat kulit yang cantik berseri ala2 artis Korea

Harum Malam & Secret Skin White


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Saturday, December 28, 2013

Pencarian Bloglist dan Review Blog

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

panda gemok muncul lagi..hehe




hamboiiii,kemain lama bui tak update blog kan..tetiba update dengan join segmen..hehe..maaflah kawan2 semua,mood nak berblog memang dah hilang entah ke mana..harap2 tahun baru 2014 ni,mood tu kembali ke pangkuan bui..ewahhhhh..

p/s: syarat2 semua sudah di penuhi yer Cik Lyeen

oklah,siapa yang nak join jugak klik jer banner cantik dekat atas tu ekkkkkkkk...^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Saturday, November 2, 2013

Drama Korea Secret Love

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


apa khabar semua blogger serata Malaysia..ewahhh..semoga korang semua sihat2 walafiat hendaknya lah yer..dan sekali lagi maafkanlah diri bui yang hina ini sebab dah lama tak singgah blog2 korang..penyakit malas masih lagi bermaharajalela dalam diri..belum jumpa lagi ubat yang boleh menyembuhkannya..hahaha..ok,ok..abaikan jer mukadimah bui ni 



bagi yang kenal saya..ewah,ber 'saya' pulak dah..mesti tau yang bui ni adalah peminat tegar drama2 Korea..tegar jer,tak sampai fanatik ok..kali ni,bui nak bercerita tentang drama korea yang terbaru lagi latest sekarang..yang pasti drama ni boleh buatkan airmata korang mengalir bagai air terjun..mencurah2 gitewww..serius..tak tipu ok.. 



SINOPSIS

Min-Hyuk (Ji Sung) was born into a wealthy family. He has everything including good looks, intelligence, but he doesn't have kindness. He loses his girlfriend in a hit-and-run accident.

Yoo-Jung (Hwang Jung-Eum) goes to prison, because of the hit-and-run accident that killed Min-Hyuk's girlfriend. Her boyfriend is the one that actually committed the hit-and-run accident, but Yoo-Jung took the blame. She is then betrayed by her boyfriend.

ni wajah pelakon lelaki utama



walaupun tak sekacak Lee Min Ho tapi kacak jugakkan..apakah..hehe


dan ni pulak heroin drama ni




lakonan memang superb..kalau part menangis memang betul2 real..sampai lebam2 biji mata..bui pun ikut tersedu sedan kalau part sedih..memang terbaeekk lah..


kalau ada Astro,korang boleh tengok drama ni setiap Rabu dan Khamis jam 9.05 malam - 10.05 malam kat KBS World C392..kalau takder Astor,jangan susah2 hati..korang boleh tonton secara online drama ni kat link yang bui bagi k..tonton taww,jangan tak tengok..best sangat drama ni..kamsahamnida..hiksss

SECRET LOVE ONLINE


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Saturday, October 5, 2013

Ole-Ole Dari Sabah / BE On Going

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


apesal sekarang bui makin malas nak update blog ek..cerita tu banyak tapi rasa nak bercerita dekat blog macam dah hilang rasa..ohmai,janganlah tabiat ni berpanjangan hendaknya..


kesian pulak blog dah 1 minggu tak berupdate jadi bui nak update lah dengan cerita ringkas ni dengan korang..minggu lepas kawan2 bui pergi Sabah..jelesss taww,sebab bui belum lagi berkesempatan menjejakkan kaki di negeri bawah bayu ni..siap rasa nak nangis belakang pintu jer bila tengok gambar2 mereka yang cantik masa dekat situ..huhu


tapi nasib baiklah mereka bawak ole2 dari Sabah,bolehlah mengubati kesedihan jiwa ini..terus senyum lebar sampai ke telinga...hahaha

koleksi ole2 dari mereka..


dan senyuman bui semakin2 lebar bila Encik Nuff bagi BE banyak2 dekat bui..ALHAMDULILLAH..dan terima kasih banyak2 pada Nuff sebab masih sudi memberi kepercayaan untuk mempromosikan iklan dalam blog pepel yang tak seberapanya ini..amboiii,ayat merendah diri nampak..kih,kih..^_^




ada 11 BE tengah running man..eh,tengah on going..yang bulan Jun pun masih ada..syukur...setakat ni baru 2x bui cash out kan duit Nuff,pasni nak cash in lagi kalau dah cukup target yang bui nak...bolehlah buat beli coklat bagi anak2 makan..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Tuesday, September 24, 2013

Encik Anon Ajak Kapel

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


perghhh,lama gila tak update blog kan..ntah2 korang semua dah lupa kewujudan blog INI BLOG BUI ni..takper,bui tak salahkan korang kalau dah lupa pun..terimalah akibatnya kalau malassssss update blog kan..haha..


ni,nak cerita dengan korang pasal Encik Anon ajak kapel..ekceli,komen ni dah lama tapi bui ignore kan jer..malas nak layan..nak buang pulak sayang..bukan apa,bila takder modal nak update blog,boleh jugak dijadikan bahan..nahhhh,kan ada point kat situ..hahaha


kalau korang berminat korang telefon lah dengan En.Anon ni yer..bui tak berminat sebab bui dah ada Encik Hubby yang sangat baeeek hati..^_^..


percaya tak,bui tak pernah lagi try dail nombor tu..pernah terfikir adalah..ntah2 nombor palsu jer kot..hihihi..oklah,tatatititutu..terasa nak blogwalking lepas ni..rindu nak baca dan tengok blog korang semua..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, September 2, 2013

10 Tanda Anak-Anak Terlalu Manja

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



bui jumpa artikel ni di FB seorang kawan jadi bui nak share dengan korang semua..boleh jugak dijadikan panduan mengenal sikap anak2 kita kan..macam bui bila baca artikel ni terus bui teringat dengan anak perempuan bui , Athirah..takutnya.....,sebab dalam 10 tanda tu ada beberapa yang Athirah selalu buat..huhu..nak kena tangani awal2 ni , kalau tidak habislah..susah bui dan hubby kemudian hari nanti...


BILA ANAK TERLALU MANJA

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


APA YANG HARUS DILAKUKAN

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

rasa2 nya korang boleh buat tak?kalau bui selalunya memang akan tewas dengan tangisan anak2..serius tak sampai hati, almaklum hati ibu lah katakan..hik..hik..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Friday, August 23, 2013

Dahil May Isang Ikaw

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


makk aii,lama sungguh tak hupdate belog..password nak bukak blog pun dah hampir2 lupa..haha..nak kata bizi tak jugak..ok,bui akui bui malas sangat nak update blog sekarang..ntah...mayb masih demam raya kot..^_^


tapi hari ni tetiba rasa nak update blog lah..tengok tajuk entry dulu..Dahil May Isang Ikaw..yang dah tau,tau lah yer..yang tak tau meh bui bagitau..hehe..




ekceli Dahil May Isang Ikaw ni drama filipina yang menggandingkan Kristine Hermosa dan Jericho Rosales (my feberet artis dari Filipina)..sejak tengok Pangako Sa Yo terus minat mereka berdua..ada jugak drama lain iaitu Sanay Wala Nang Wakas yang mereka berlakon jugak tapi bui tak pernah lagi tengok drama tu..nanti2 lah kot..:)


drama DMII ni ekceli tengah bersiaran di tv3,isnin-khamis,jam 3-4 petang sekarang tapi bui tak dapat nak tonton sebab masih waktu kerja kan..jadi jalan penyelesaiannya bui tengok You Tube ajer ler..layan jugak drama ni..dan jelita sungguh Kristine Hermosa dalam drama ni..kulit putih melepak-lepak..hehehe


nak baca sinopsis drama Dahil May Isang Ikaw..TENGOK SINI
nak tengok keluarga bahagia Kristine Hermosa..TENGOK SINI
Jericho pulak belom kawen lagi tapi dah bertunang dengan seorang model..bui selalu skodeng gambar2 dia dalam instagram..(pecah rahsia)


instagram Kristine ---- #khsotto
instagram Jericho ---- #jericho_rosales


oh,ya..nak tonton drama ni di you tube macam bui? KLIK SINI


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥