Monday, September 2, 2013

10 Tanda Anak-Anak Terlalu Manja

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



bui jumpa artikel ni di FB seorang kawan jadi bui nak share dengan korang semua..boleh jugak dijadikan panduan mengenal sikap anak2 kita kan..macam bui bila baca artikel ni terus bui teringat dengan anak perempuan bui , Athirah..takutnya.....,sebab dalam 10 tanda tu ada beberapa yang Athirah selalu buat..huhu..nak kena tangani awal2 ni , kalau tidak habislah..susah bui dan hubby kemudian hari nanti...


BILA ANAK TERLALU MANJA

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


APA YANG HARUS DILAKUKAN

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

rasa2 nya korang boleh buat tak?kalau bui selalunya memang akan tewas dengan tangisan anak2..serius tak sampai hati, almaklum hati ibu lah katakan..hik..hik..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

17 comments:

Anum said...

great sharing

Mia Kassim said...

Anak aku si Damia lah yang terlebih manja tu....huhu

Azhafizah MN said...

buat rujukan akan datang ni :)

Unknown said...

anak saya manja tapi ada no 7 je..yang lain tak de..sebenarnya bukan manja ni tapi lebih kepada kurang ajar kot.kalau manja bagi saya baik dan mesra orang nya..tapi ciri2 kat atas ni lebih kepada kuang ajor..jehehehhe

Unknown said...

ada antaranya sikap deqla masa kecik2 dulu la..hahahaha..

Mummy MM said...

Dolok kamek kedak ya jwak tapi nek towk dah tawuk reti dah. Kadang2 kamek jadi ke menyampah nangga miak manjak. Hahaha.

ajumohit said...

terlalu memanjakan anak kelak membinasakan mereka, semoga anak2 pandai untuk berdikari atas kaki mereka sendiri

haryati said...

tq share bui...kdg2 kn bertegas jugak dgn anak...supaya nanti dimasa hadapan kita tak menyesal...

shida said...

tu la pasai.... ibu selalu tewas dgn tangisan anak2

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share...

shamyheart said...

anak2 xboleh dibiarkan terlalu manja sangat.

Unknown said...

membantu ni, anak anak skrg takleh di manja kan sgt kan

Cikrosecute said...

CR tegas sikit dengan anak2...nice sharing bui...

Unknown said...

benda gini kecik2 kena bendung kalo x merengek sampai ke besar hee

Unknown said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

LadyBird said...

salam kak.. boleh lady simpan ni.. moga2 zahra x manja sgt2.. x lrt lady nk menjaganya nanti..

fieda said...

terima kasih bui berkongsi