Tuesday, September 24, 2013

Encik Anon Ajak Kapel

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


perghhh,lama gila tak update blog kan..ntah2 korang semua dah lupa kewujudan blog INI BLOG BUI ni..takper,bui tak salahkan korang kalau dah lupa pun..terimalah akibatnya kalau malassssss update blog kan..haha..


ni,nak cerita dengan korang pasal Encik Anon ajak kapel..ekceli,komen ni dah lama tapi bui ignore kan jer..malas nak layan..nak buang pulak sayang..bukan apa,bila takder modal nak update blog,boleh jugak dijadikan bahan..nahhhh,kan ada point kat situ..hahaha


kalau korang berminat korang telefon lah dengan En.Anon ni yer..bui tak berminat sebab bui dah ada Encik Hubby yang sangat baeeek hati..^_^..


percaya tak,bui tak pernah lagi try dail nombor tu..pernah terfikir adalah..ntah2 nombor palsu jer kot..hihihi..oklah,tatatititutu..terasa nak blogwalking lepas ni..rindu nak baca dan tengok blog korang semua..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, September 2, 2013

10 Tanda Anak-Anak Terlalu Manja

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



bui jumpa artikel ni di FB seorang kawan jadi bui nak share dengan korang semua..boleh jugak dijadikan panduan mengenal sikap anak2 kita kan..macam bui bila baca artikel ni terus bui teringat dengan anak perempuan bui , Athirah..takutnya.....,sebab dalam 10 tanda tu ada beberapa yang Athirah selalu buat..huhu..nak kena tangani awal2 ni , kalau tidak habislah..susah bui dan hubby kemudian hari nanti...


BILA ANAK TERLALU MANJA

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


APA YANG HARUS DILAKUKAN

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

rasa2 nya korang boleh buat tak?kalau bui selalunya memang akan tewas dengan tangisan anak2..serius tak sampai hati, almaklum hati ibu lah katakan..hik..hik..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Friday, August 23, 2013

Dahil May Isang Ikaw

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


makk aii,lama sungguh tak hupdate belog..password nak bukak blog pun dah hampir2 lupa..haha..nak kata bizi tak jugak..ok,bui akui bui malas sangat nak update blog sekarang..ntah...mayb masih demam raya kot..^_^


tapi hari ni tetiba rasa nak update blog lah..tengok tajuk entry dulu..Dahil May Isang Ikaw..yang dah tau,tau lah yer..yang tak tau meh bui bagitau..hehe..




ekceli Dahil May Isang Ikaw ni drama filipina yang menggandingkan Kristine Hermosa dan Jericho Rosales (my feberet artis dari Filipina)..sejak tengok Pangako Sa Yo terus minat mereka berdua..ada jugak drama lain iaitu Sanay Wala Nang Wakas yang mereka berlakon jugak tapi bui tak pernah lagi tengok drama tu..nanti2 lah kot..:)


drama DMII ni ekceli tengah bersiaran di tv3,isnin-khamis,jam 3-4 petang sekarang tapi bui tak dapat nak tonton sebab masih waktu kerja kan..jadi jalan penyelesaiannya bui tengok You Tube ajer ler..layan jugak drama ni..dan jelita sungguh Kristine Hermosa dalam drama ni..kulit putih melepak-lepak..hehehe


nak baca sinopsis drama Dahil May Isang Ikaw..TENGOK SINI
nak tengok keluarga bahagia Kristine Hermosa..TENGOK SINI
Jericho pulak belom kawen lagi tapi dah bertunang dengan seorang model..bui selalu skodeng gambar2 dia dalam instagram..(pecah rahsia)


instagram Kristine ---- #khsotto
instagram Jericho ---- #jericho_rosales


oh,ya..nak tonton drama ni di you tube macam bui? KLIK SINI


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Thursday, August 8, 2013

Posing Di Hari Raya Pertama

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

takyah cerita banyak..layan gambar jer k..puan blog tengah letih setelah seharian beraya sakan..hahaha..ni antara gambar2 yang kami ambil hari ni..banyak lagi sebenarnya p kalau nak tengok,tengoklah di facebook bui ok..^_^

 kek lapis sarawak rumah mak bui..kalerful kan


 kawan opis bui datang bersama family 


 lepas mereka balik,kami posing ambil gambar sendiri..^_^









raya tahun ni,tema kami biru tua..kalau rajin,layanlah gambar2 raya kami di FACEBOOK..caption tahun ni..Biarpun Berhari Raya Dengan Sederhana,Tapi Kami Bahagia..ewah..:)  


psst : alhamdulillah,tahun ni bui berkesempatan sembahyang raya..syahdu


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Friday, August 2, 2013

Selamat Hari Raya Korang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

salam jumaat semua..semangat nak raya dah sangat2 berkobar hari ni sebab hari ni last day kerja..lepas tu 2 minggu cuti raya..sonokkkkk nyerrrrr..tahun ni bui beraya di Kuching jer,tak balik Oya,Mukah kampung hubby..jemputlah datang ke rumah nanti ek...hehe,macam lah dekat kan..orang Kuching yang baca blog bui ni,sudi2kan lah diri datang yer..bui alu2kan dengan tangan terbuka..^_^


ok,takder apa2 nak cerita ni..moh ler layan gambar raya kami sekeluarga dari tahun 2009..kenangan..^_^


raya 2009..



raya 2010



raya 2011 (tema biru)



raya 2011 (tema hijau)



raya 2012


untuk tahun 2013 ni pulak biarlah rahsia dulu..hahaha..macam retis la pulak nak rahsia2..nanti dah ada gambar baru bui letak dalam blog k..till then..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ikhlas : Bui Sekeluarga

psstt : esok nak cat rumah..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥