Thursday, April 12, 2012

Drama Korea Stay With Me,My Love

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


yuhuuu,cerita tentang drama korea lagi..bui kan hantu drama korea..kalau ada drama korea yang best memang wajiblah bui share dengan korang semua..(macam lah semua orang minat kan..)




drama korea yang bui suka dan follow kali ni pulak adalah drama STAY WITH ME,MY LOVE..bersiaran dekat chanel 393..waktu siaran pulak setiap pukul 5.15 petang sampai 6.15 petang


kalau tak sempat tengok petang,waktu malam ada ulangan nya tapi agak lambat iaitu pada pukul 11.45 malam..


nak tau sinopsis cerita ni tak..jom..


"Stay with Me, My Love" is a story about a young single mother, Mi Sol. She gets embroiled in a love triangle with the father of her child, Suk Bin and her newfound love, So Ryong.

Best friends since young, Mi Sol and Suk Bin find soul mates in each other as they both face much pressure from their mothers. One night, they end up spending the night together and Mi Sol becomes pregnant. Upon realizing that Mi Sol is pregnant, Suk Bin flees to America to further his studies with instructions from his mother. Despite being a student, Mi Sol decides to have the baby herself. Her mother decides to raise Mi Sol’s son as her brother.

Many years later, her life takes a turn and she meets So Ryong, the perfect man in everyone’s eyes, and they start to take an interest in each another. Suk Bin returns from America, unaware that his childhood love, Mi Sol, actually gave birth to their child. A love triangle around the three unfolds.


ni pulak wajah hero dan heroin drama Stay With Me,My Love

sebagai Do Mi Sol
sebagai Lee So Ryong
sebagai Go Suk Bin

banyak babak2 yang sedih dalam drama ni..biasalah drama korea kan,kalau tak meleleh airmata memang tak sah..lagi2 kalau minah jiwang macam bui ni memang dah siap sedia kotak tisu..kekeke


ekceli,dalam drama ni watak Go Suk Bin bagi bui tidaklah jahat sangat tapi ibu dia yang jahat..sebab nak rebut harta dia sanggup pergunakan anaknya si GSB tu..yang anak nya pun satu,terlalu sangat ikutkan kata ibu dia..huhuhu


tapi drama ni dah nak habis taww..tinggal 2 episod lagi iaitu hari ni dan esok..memang tak sabar nak tengok apakah kesudahan nya..


ok,tu jer untuk hari ni..line tenet sewel lagi dekat sekolah ni..kejap ada,kejap tak ada..haisshhh,dah macam chipmore kan...




oh ya.. 
kot2 korang dapat hidayah nak tengok drama korea ni,
korang klik jer link yang bui bagi ni k..


UPDATE ON 9.2.2013
bui perasan ramai yang cari info pasal drama ni
bui mintak maaf sangat2 tentang link yang bui bagi tu
bui pun x pasti kenapa link tu dah tak berfungsi lagi
kalau jumpa link lain/link baru untuk download drama ni
insha allah bui akan update lagi k..:(

UPDATE ON 30.4.2013
ok,akhirnya bui dapat jumpa link terbaru yang
membolehkan korang tengok drama ni secara online

KLIK SINI

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday # 23

 ✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

dekat Kuching sekarang gelap jer sebab awan jahat (awan gelap) tengah bermaharajalela dekat atas langit sana..bermakna kejap lagi hujan lah tu

entry hari ni agak lambat,almaklum bila cuti puan blog akan bangun lewat..hehehe..hubby pun sama,cuma anak2 jer bangun awal..anak2 bila bangun,bukak tv terus cari chanel 615..tengok kartun lah

sebab di luar gelap,bui nak bagi korang tengok sesuatu yang cerah..jom layan si comel ini


comel tak..tapi kucing ni bukanlah bui yang punya tapi ahmad albab yang punya..eh..?hehehe..sebenarnya kucing ni adik bui yang beli..dia kan pencinta kucing..

wajah si pencinta kucing

nak tau nama nya tak..?adik bui bagi nama CHIKARO..panggilan manja CHIKA..tapi bui suka panggil kucing ni MIETTE..

dah macam bukan ww dah..ngeeeeeeeeee

Tuesday, April 10, 2012

Ucapan Terima Kasih Ini Untuk...

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

sebelum bui bagitau siapa,kita layan gambar dulu k..

model tak bertauliah..Athirah..*_*
berkat bui join give away INTAN BERLIAN hari tu dapat jugak gift yang somel nyomel ni..terima kasih Intan  a.k.a Ina yer..kak bui siap gantungkan dekat handbag lagi..hehehe

first time dapat gift dari blogger,haruslah bui buat entry kan..sebelum ni ada jugak join tapi tak pernah dapat apa2 pun..memang tak bertuah langsung lah..

walaupun tak dapat hadiah utama iaitu sebuah kereta BMW (sila jangan percaya)..tapi syukur jugaklah sebab penganjur give away iaitu Intan bermurah hati bagi sesuatu buat kenang-kenangan

setiap kali tengok handphone strap tu,mesti teringat dekat ibu Alisha yang suka memasak ni..

sekali lagi,THANK YOU INTAN BERLIAN..semoga sentiasa dimurahkan rezeki yer..amin..

nak berkenalan dengan ibu comel ni tak..?jom skodeng blog dia
BLOG INTAN BERLIAN
esok cuti lagi..yahoooooo!!!!

BE Yang Super Sedap..eh?

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

ngeee..nak sinyummmm lebar pagi ni,boleh tak..?

pagi ni bukak akaun Nuffnang,saja nak tengok duit yang ribu-ribu tu bertambah ke tidak (amaran,yang ribu2 tu sila jangan percaya..hahaha)

BE ke 6 untuk tahun 2012

dan alhamdulillah ada lagi BE baru yang Nuffnang bagi dekat blog bui ni..kali ni BE tentang aiskrim Magnum yang sedap dan lazat tu..

teringat lagi masa bui kerja kilang dulu,kalau lepas gaji mesti bui suka beli aiskrim Magnum ni,lagi2 perisa Almond tu..sedap sangat..kalau makan memang tak toleh kiri kanan,laju jer habis..hihihi

tengok..super sedap dan menggoda kan

masa tu (sekitar tahun 2007) harga aiskrim Magnum ni dalam Rm3 jer..tapi last sekali bui beli minggu lepas harga dah naik jadi Rm4.50..fuyoooo

tapi sedap punya pasal,bui redha dan pasrah seadanya..cehhhhh

sekarang dah ada 3 perisa aiskrim ni..tapi dihati bui tetap suka perisa Almond tu


kalau nak tahu lebih lanjut pasal aiskrim yang super lazat ni,korang kliklah iklan yang muncul di blog bui nanti yer dan dengan klik itu akan membawa korang semua ke dunia kelazatan Magnum..cehhhh..hahaha

last but not least..TERIMA KASIH NUFFNANG..

Monday, April 9, 2012

Emosi Hari Ini

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

selamat hari isnin korang..buat apa dan ke mana hujung minggu yang lepas..?bui habiskan hujung minggu dengan bermain bowling dan bersantai2 jer kat rumah

seronok minggu ni sebab cuti dari hari jumaat..petang tu kita orang g main bowling..sabtu pun pergi jugak..dah tak tau nak buat apa,kita orang pergi main bowling jer lah

sampai sakit2 badan bui..hahaha

semalam,hujan lebat dekat kuching..memang kita orang tak keluar rumah langsung..hubby dengan anak2 layan tengok dvd cerita 'GHOST PROTOCOL' dengan 'THE DARKEST HOUR'..

bui pulak..macam biasa,melayari internet..hehehe

malam tadi korang mesti tengok ABPBH kan..bui pun tengok..seronok bila Hafiz,Botak,Fasha dan Aaron Aziz menang..(bui minat dia orang taww..)

tapi yang paling bui suka ofloslah bila Datuk Siti Nurhaliza dapat Anugerah Sri Perak..cantik sungguh dia malam tadikan


pinjam gambar dari Oh Bulan

sebab tidur agak lewat malam tadi,sekarang terasa nak buat macam ni lah..hehe