Tuesday, September 27, 2011

Kisah Seluar Dalam Lama

psssttt..jangan salah anggap yer..
semalam tengah kemas2 almari..susun baju..susun seluar..susun tudung..susun tuala..susun..berapa banyak kali susun daaaa...hehe..

last sekali susun seluar dalam a.k.a spender..kalau di sarawak orang panggil seluar bip..sebut betul2..'soar bip'..lawak tak..tak lawak..?takper..*_*

tak taulah kalau dekat tempat lain panggil apa..

ok,cerita pasal spender ni kan..terdetik di hati bui nak bertanya dekat korang..

tapi sebelum tu jangan pulak fikir yang bukan2..jangan menyimpang fikiran tu yer..

soalan bui ni saja nak tau jer..sebab bui kalau nak tahu suka bertanya

soalan nya adalah..jeng..jeng..jeng..

"KAT MANA KORANG LETAK SPENDER YANG DAH TAK BOLEH PAKAI LAGI..?"
(kategori : dah koyak,tak muat lagi,dah ader taik lalat,getah rosak..apa2 lah asalkan tak leh pakai  lagi) 

apa punya soalan ni kan..tapi bui nak tahu jugak..hehe

sebab apa bui bertanya..mak bui selalu pesan..kalau spender yang tak leh pakai lagi,jangan buang..simpan..

tapi simpan dekat tempat khas lah..jangan campur dengan yang elok..lagi satu mak bui kata,kalau nak buang pun jangan buang dalam tong sampah..

dah tu buang kat mana..?ha..mak bui cakap gali lubang..dekat belakang rumah biasanya lah..gali secukup rasa,lepas tu letaklah bungkusan seluar dalam lama kat situ..

nanti lama2 seluar tu akan reput bersama tanah..

korang pulak macam mana..?buang terus atau ada cara tersendiri..cer citer...

kalau malu jangan jawab..hahahaha..*_*

Monday, September 26, 2011

Cara-Cara Menguruskan Stress

pinjam gugel
korang stress tak..?kalau korang stress,ada cara2 nya yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan rasa stress tersebut..jom kita baca,manalah tau boleh jadi panduan yang berguna..*_*


1)  dapatkan rehat yang secukupnya dan berkualiti
>>>maksudnya korang tidur antara 7-9 jam sehari,sebab kalau tidur mencukupi,korang akan lebih bertenaga dan ceria..

2)  pastikan bilik tidur korang adalah satu tempat yang sangat selesa dan tiada sebarang bentuk tekanan
>>>maksudnya bilik tidur kena kemas dan bersih ok..kalau bilik tidur dah macam sarang 'cik ti',nanti bertambah2 pulak tekanan
>>>gunakan haruman aroma terapi terutama lavender untuk mewujudkan persekitaran yang tenang dan selesa di dalam bilik tidur

3)  lakukanlah amalan berbentuk kasih sayang seperti aktiviti kemasyarakatan atau kekeluargaan
>>>apakata sekali sekala korang pergi ke rumah orang2 tua dan bantu apa2 yang patut..mesti korang akan rasa puas hati dapat membantu org2 yg memerlukan.

4)  luahkan tekanan dengan cara yang positif seperti bersukan,bersenam dan sebagainya
>>>macam bui,kalau stress bui pergi main bowling..kalau dapat strike memang hilang stress..hehe

5)  tentunya,banyakkan berdoa dan beribadah kepada Allah
>>>ini yang paling utama,kalau stress mintalah pada Allah supaya tenangkan hati kita..kita juga boleh mengadu kepadaNya tanpa rasa malu..kerana Allah maha mendengar lagi mengetahui..


jadi,sama2 kita amalkan perkara2 diatas kalau stress ok..bui kalau stress sangat memang tidur secukupnya adalah cara yang paling mujarab..*_*..korang pulak macam mana..?


Super Duper Bizi

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia semua..*_*
ewah2..panjang sungguh ucapan bui pagi ni
semangat ni..walaupun monday blues..hihi

seminggu tak update..bersawang blog bui
rindu dengan korang..jujur ni
rindu nak baca entry2 korang
dan rindu jugak nak tinggalkan komen2 manja..hehe

tapi apakan daya
minggu lepas bui super bizi giler
agak2 korang bui pergi mana dan buat apa yer..?

sebenarnya isnin-rabu tu,bui pergi berkursus
kursus induksi..almaklum kerja gomen ni mestilah wajib hadir kursus ni
kursus di sekitar Kuching jer..iaitu di Merdeka Palace
kalau nak datang Kuching duduk hotel ni..
cantik tau,dekat dengan bandar lagi..
bui bawak jugak laptop..ingatkan boleh update blog masa kat situ
tapi malangnya..masa sungguh mencemburui
jadual sangat padat,hingga langsung takder masa nak berehat

lepas habis kursus bui kena demam
gara2 bilik hotel yang super sejuk
khamis dan jumaat bui mc,duduk rehat ajer kat rumah

tapi,syukurlah sekarang demam dah baik dan dah lepas kursus induksi..lega
lepas ni nak belajar untuk hadapi ujian JPA lagi
tarikh ujian 5.10.2011 ni..berdebar2 jugak hati

sabtu lepas (24.9.2011) ada sambutan hari jadi TYT kat padang merdeka
meriah sungguh..dan bertambah meriah lagi hubby bui ikut perbarisan
kiri..kanan..kiri..kanan..kiri..cewah..semangat tengok dia orang..hehe
anak lelaki bui pulak antara yang terpilih untuk bagi kek birthday pada TYT hari tu
bagi kek ajer pun tapi seawal 7 pagi dah kena standby dekat padang..huhu..

pendek kata jadual bui minggu lepas memang sangat padat
sebab tu lah bui memang tak larat nak update blog ni
maafkanlah bui yer..*_*

sekian..
(insyaallah nanti bui akan letak gambar2 aktiviti minggu lepas yer.tapi tak janji..hehe

Monday, September 19, 2011

Manchester United Kalahkan Chelsea


vs


yes..
MANCHESTER UNITED MENANG LAWAN CHELSEA
3-1

of coz la MU menang..*_*
supporter Chelsea..sila jangan sakit hati yer
kalah dan menang adat permainan
lain kali,kalahlah lagi..hihihihi

glory-glory manchester united
(sokong hubby...)

Sunday, September 18, 2011

2 Perkara Yang Sering Membuatkan Kita Tidak Bersyukur



PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.
Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik..Tetapi  anda  masih merasa kurang.Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang..Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”..Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki..Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki..Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup..Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan...
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh kerana tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.

Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .
KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.

Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.
Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni hospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  memukul kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lulu,  Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”  

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.

sebab itu bui sangat suka dengan kata2 hikmah ni,
JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA..BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT..DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA..

sumber : akuislam.com