Monday, September 2, 2013

10 Tanda Anak-Anak Terlalu Manja

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



bui jumpa artikel ni di FB seorang kawan jadi bui nak share dengan korang semua..boleh jugak dijadikan panduan mengenal sikap anak2 kita kan..macam bui bila baca artikel ni terus bui teringat dengan anak perempuan bui , Athirah..takutnya.....,sebab dalam 10 tanda tu ada beberapa yang Athirah selalu buat..huhu..nak kena tangani awal2 ni , kalau tidak habislah..susah bui dan hubby kemudian hari nanti...


BILA ANAK TERLALU MANJA

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


APA YANG HARUS DILAKUKAN

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

rasa2 nya korang boleh buat tak?kalau bui selalunya memang akan tewas dengan tangisan anak2..serius tak sampai hati, almaklum hati ibu lah katakan..hik..hik..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

16 comments:

  1. Anak aku si Damia lah yang terlebih manja tu....huhu

    ReplyDelete
  2. ada antaranya sikap deqla masa kecik2 dulu la..hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Dolok kamek kedak ya jwak tapi nek towk dah tawuk reti dah. Kadang2 kamek jadi ke menyampah nangga miak manjak. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. terlalu memanjakan anak kelak membinasakan mereka, semoga anak2 pandai untuk berdikari atas kaki mereka sendiri

    ReplyDelete
  5. tq share bui...kdg2 kn bertegas jugak dgn anak...supaya nanti dimasa hadapan kita tak menyesal...

    ReplyDelete
  6. tu la pasai.... ibu selalu tewas dgn tangisan anak2

    ReplyDelete
  7. anak2 xboleh dibiarkan terlalu manja sangat.

    ReplyDelete
  8. membantu ni, anak anak skrg takleh di manja kan sgt kan

    ReplyDelete
  9. CR tegas sikit dengan anak2...nice sharing bui...

    ReplyDelete
  10. benda gini kecik2 kena bendung kalo x merengek sampai ke besar hee

    ReplyDelete
  11. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. salam kak.. boleh lady simpan ni.. moga2 zahra x manja sgt2.. x lrt lady nk menjaganya nanti..

    ReplyDelete

Nah Ambik ♥ Sebab Sudi Tinggalkan Komen
Ada Kesempatan Bui Jejak Korang Balik Yer
Kalau Tak Hari Ini,Esok..Kalau Tak Esok,Lusa
Bui Pasti Datang..Tunggu..^_^


♥♥♥Bui..(^___^)♥♥♥