Friday, December 14, 2012

Rupanya Menangis Pun Ada Khasiat Tersendiri

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

bui baru tau yang rupanya menangis pun ada khasiat tersendiri..korang pun confem x tau kan..yang dah tau,sila lah buat2 tak tau k..hehe




Menyahkan Zat Berbahaya Dari Tubuh Badan
>>> zat2 kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan


Meningkatkan Kadar Degupan Jantung
>>> degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan,urat2 dada dan kedua2 belah bahu

>>> selepas menangis kadar degupan jantung akan kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang


Menghalang Penyakit
>>> Universiti Temple dari US telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat

>>> mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan,hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakn bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka

>>> manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai


Membebaskan Racun Dari Badan
>>> Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata,oleh sebab airmata berfungsi mengeluarkan unsur2 beracun dari dalam tubuh,maka menahan air mata beerti tumbuhnya racun secara perlahan2

>>> secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki,maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia hidup lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan 

>>> saintis2 dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan,ini menjadikan mereka yang menangis bebas daripada racun2 tersebut


Air Mata Mengandungi 25% Protein
>>> kajian2 yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa airmata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium

>>> ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia

>>> ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis 


so,dah taukan apa bagusnya menangis ni..lepas ni kalau rasa sedih menangis jer,jangan tahan2..tapi nak menangis kenalah bersebab,kalau tetiba menangis tanpa sebab yang munasabah nanti orang lain cop kita ni orang gila pulak..hahaha


nota bui : kesian Malaysia,kalah malam tadi kan..huhu


Take Care..♥..

36 comments:

  1. slalu nangis kalau tgk cerita sedih...huhu

    ReplyDelete
  2. tiba-tiba rasa nak nanges buleh..:)

    ReplyDelete
  3. Baru tauk nangis ada khasiatnya.
    Geram ngan pengadil dr korea ya sik adil gilak....

    ReplyDelete
  4. betul tu.. lepas ni tak yah pendam-pendam... kalau sedih nangis je...

    ReplyDelete
  5. menangis pn dpt redakan tnsion kn..huhu..salam jumaat kak..

    ReplyDelete
  6. banyaknye kasiat...xtaw plak rietta....

    ReplyDelete
  7. dan menangis juga sangat memberi ketenangan..wlpun dipndang snget oleh mereka yng tidak memahami....

    ReplyDelete
  8. Ooo cm tu yea, jadi dah banyak la saya buang racun dari badan rupanya...

    ReplyDelete
  9. lepas ni bui kena jadi ratu air mata la.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  10. gembira pon bleh nangis tau ... hehehh

    ReplyDelete
  11. baru tahu..thanks for the info kak

    ReplyDelete
  12. very gd sharing bui

    ReplyDelete
  13. Kalau tgok derita Korea sure nanges :)

    ReplyDelete
  14. kene slalu tengok citer hindustan nih...kalau tak racun tak bleh kluar

    ReplyDelete
  15. Ni yang nak nangis selalu..heee..nangis selalu pun tak sihat jugak kan..>.<

    ReplyDelete
  16. oo..iye ke? mmg baru tau..bagus gak kan.. bila last nangis tak tau.hehe

    ReplyDelete
  17. kdg2 banyak berfikir, banyak juga menangis...bila dh banyak menangis, sakit pale jugak...

    ReplyDelete
  18. Baca n3 kak bui ni, sy br tahu..hehehe..thank for your sharing (",)

    ReplyDelete
  19. hehhehe , fara pun kalau nak nangis atas motor pun nangis jew , peduli kam org ,

    ReplyDelete
  20. ooo yeke? baru tau...tq for sharing..info yg bagus

    ReplyDelete
  21. thanks sharing kak bui.. saya suka ngais.. baca novel sedih nagis, drama sedih nangis.. suka sangat pun nangis huhuhu

    ReplyDelete
  22. mlm dorg kalah..shida bderai dah airmate sedihh huhuhu..

    ReplyDelete
  23. Mlm ni nak nangislah.....huhu ( klu husbn tny..ckp nak kasi hilang racun)..

    ReplyDelete
  24. macam mana saya yang sukar untuk menangis ni???susah macam ni..hehehe

    ReplyDelete
  25. Patut kite ssh nk dmm ke skt.
    sbb salu nangis
    hehe

    ReplyDelete
  26. sbb tu kalo rs nk nanges, nanges je.. x yah tahan2.. tp kalo byk nanges cmane kak? jadi buta mcm kassim selamat ke? hihihi

    ReplyDelete
  27. Cr selalu mengalirkan airmata bila tersentuh hati...lagi2 tgk drama sedih hihihi

    ReplyDelete

Nah Ambik ♥ Sebab Sudi Tinggalkan Komen
Ada Kesempatan Bui Jejak Korang Balik Yer
Kalau Tak Hari Ini,Esok..Kalau Tak Esok,Lusa
Bui Pasti Datang..Tunggu..^_^


♥♥♥Bui..(^___^)♥♥♥