Sunday, June 10, 2012

Juara Mentor 6 Adalah..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

korang predict siapa?


antara Anas..Caroline..atau Zatul..?

bui jangkakan CAROLINE protege Ella akan menang


Biodata Caroline Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege:Ella


Trivia final Mentor 6 

Zatul akan bergandingan dengan Ziana Zain menerusi lagu Nakal yang pernah dipopularkan kumpulan dari Indonesia, Gigi serta Sedang Ingin Bercinta oleh Dewa 19. Untuk persembahan solonya pula, protege Fauziah Ahmad Daud ini tampil menyampaikan lagu rock, Pelesit Kota dan Pawana selain sebuah lagu baru, Tersihir ciptaan sepenuhnya Manusia Putih. 

Manakala Anas pula akan menggamatkan suasana dengan lagu Cinta Muka Buku secara solo dan kemudian berduet bersama Hazama menerusi lagu popular Faizal Tahir sendiri iaitu Selamat Malam. Anas pertama kali akan menyampaikan lagu barunya berjudul Hanya Dirimu, hasil kerjasama Omar K, Audi Mok dan Faizal Tahir. 

Lebih menariknya, malam esok turut akan menghimpunkan kembali mentor-mentor yang pernah mengukir kejayaan dalam musim terdahulu untuk membuat persembahan pembuka tirai pentas. Antaranya Zainal Abidin menerusi lagu Manis, Amy Search dengan lagu Aku, Mas Idayu (Robek Hatiku), Ziana Zain (Setiaku Di Sini) dan Erra Fazira (Hanya Di Mata). 

Persembahan penutup Mentor 6 akan menggandingkan kesemua protege, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, Ana, Syuhada dan KJ bersama penyanyi Zamani dan barisan anggota asal Slam menerusi lagu medley kumpulan itu seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu dan Gerimis Mengundang sempena ‘tribute’ kepada Slam. 

Mentor musim keenam masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (SMS) dan 20 peratus (juri awam) yang terdiri daripada kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. Juara Mentor 6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala naib juara (RM30,000) dan tempat ketiga (RM10,000). 

Musim ini turut mempersembahkan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Boo Jay (Floor Fever) sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik serta dua orang juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini. 

SUMBER

sama2 kita tunggu habis mentor nanti k..

20 comments:

  1. tak tahu nak predict sape..sbb skang takde mase nak tgk tv kak bui..ni pun jap tgk jap tak..hihi

    ReplyDelete
  2. Bui... mng caroline yg menanglah.. leh jd ahli nujum ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah pada protege Ella....dan Ella sendiri....

    ReplyDelete
  4. hehe..x tengok pun tp rasa yakin coroline akan menang

    ReplyDelete
  5. tengok tp tertidur....huhuu sabar je la.tp caroline yg menangkan...;)

    ReplyDelete
  6. puas nangga mlm tadik ... coroline menang... sora nya nang kacak... :)

    ReplyDelete
  7. tahniah buat ella dan protege, bui nak tanya, apa rahsia bui sebab ramai dtg berkunjung ke blog ini. tahniah ye bui

    ReplyDelete
  8. akak tak tengokkk
    sebab duk tengok selebriti memasak kat astro ria

    ReplyDelete
  9. Hahaha...tk thn dengar statement FT;
    "Anas, ko kena terima hakikat, mentor kau tk pernah terima apa2 anugerah pown.."

    *suara Caroline mmg power

    ReplyDelete
  10. memang dari awal dah agak caroline yang menang sebab talent dia sangat menyerlah.. anas lak asik dapat markah tinggi sebab pengaruh si FT kut. ngaaa ;p

    ReplyDelete
  11. Caroline juara..mula tu ingatkan bukan orang Islam..hehehe..tak sangka dia orang Kelantan

    ReplyDelete
  12. deqla pun suka tgk persembahan caroline..tahniah pada caroline dan ella.. :)

    ReplyDelete
  13. shida sndri pon dah sgka kak bui ^_^

    ReplyDelete
  14. kmk nang suka caroline..nya comel bah !!

    ReplyDelete
  15. cik rose pun agak mentor Ella menang hihihi

    ReplyDelete

Nah Ambik ♥ Sebab Sudi Tinggalkan Komen
Ada Kesempatan Bui Jejak Korang Balik Yer
Kalau Tak Hari Ini,Esok..Kalau Tak Esok,Lusa
Bui Pasti Datang..Tunggu..^_^


♥♥♥Bui..(^___^)♥♥♥