Friday, August 5, 2011

Golden Churn Ada DNA Babi

pic from Google
KUCHING 3 Ogos
Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.

Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia

"Kita akan mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menarik balik dan menurunkan logo halal yang terdapat pada tin produk itu," katanya selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini

Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Jakim dalam surat kepada pembuat mentega berkenaan yang bertarikh 30 Jun lalu mengesahkan ia tidak mengandungi DNA babi sedangkan MIS dalam kenyataan pada 28 Julai lalu telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi

Sehubungan itu, satu mesyuarat bagi membincangkan status mentega Golden Churn Creamy Butter itu berlangsung di sini petang semalam dengan disertai beberapa agensi berkaitan telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi

Dalam pada itu, Daud menambah, mentega dari jenama lain masih boleh digunakan sehingga ada keputusan yang dimaklumkan nanti.

Sumber : namaberita.com

27 comments:

  1. itu la sis
    anum mula2 tau memang terkejut
    ye la my family memang suka jenama ini

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lg guna produk ni, tp dlm kek lapis Ada guna ni kan bui??

    ReplyDelete
  3. Jenama ni antara yg termahal, pengusaha kek lapis jrg sgt2 nak guna brand ni. Biasa yg digunakan ialah buttercup. Tapi berhati2 masa membeli manelah taukan.. oppss.. kakar melaya plak hehe :P

    ReplyDelete
  4. kenak mesti kinek tok o? dah berapa banyak kmk telan lamak2 tok? waaaa...... dah la mun rumah kmk molah kek nang molah makey butter tok.. haishhh... kenak la ada urg sik bertanggungjwb o engkah kandungan kedak ya... padahal tauk jak urang islam rami nak makey... hemmm... + sidak yang berik halal ya kenak sik check benar2 oo... aiee.....

    ReplyDelete
  5. anum-bui pun baru tahu,ada dgr jugak sebelum ni tp tak pasti benar atau tidak

    aju-mak bui mmg buat kek lapis guna jenama ni sejak kami kecil lagi..huhu..

    wa kahirul-aie,ktk org sarawak kah,juhlah kakar sarawak..hehehe

    ReplyDelete
  6. amni..menar kata ktk,mak kmk nang makey butter tok mun molah kek..hrp2 dolok x ada..kali bok kinek tok nya ada..(harap2lah..huhu)

    ReplyDelete
  7. semua kek lapis sarawak mmg guna butter ni kan?? huhu...

    ReplyDelete
  8. aanie,kebanyakannya guna kalau nk lagi sedap..tapi ada jugak yg guna buttercup jer..

    ReplyDelete
  9. amacam ni bui...raya tahun ni takder kek lapis laaa jawabnya...was - was woooo

    ReplyDelete
  10. susah nak carik makan sekarang ni...

    takut ada bimbang pon ader...

    ReplyDelete
  11. Zaman sekarang nie susah nak cari makanan yang betul2 halal...

    jom singgah di belog saya
    http://www.sinarraudah.com/2011/08/contest-juadah-ramadhan-dan-ucapan.html

    ReplyDelete
  12. semakin zaman moden, semakin susah nk cari makanan yg halal...

    ReplyDelete
  13. haishhh....ada jak cara org mok 'mengkafirkan' org2 Islam owh..dr kecik dolok dah pake brand tok k polah kek..aduyaiii. Masa utk bertukar!

    ReplyDelete
  14. erkkkk ... uwekkkk!
    aihh, ni yg wat saspen nak beli apa-apa ni! :(

    ReplyDelete
  15. erk...dan bertong2 masuk dalam badan ....

    ReplyDelete
  16. erkk... kena hati2 dgn makanan2 ni..

    ReplyDelete
  17. huhu..banyak lak skang yg ade babi..
    kat umah wanie tak pernah gune butter cap ni..

    ReplyDelete
  18. fiza tak pernah tgk jenis ni lagi..

    ReplyDelete
  19. xpenah gak guna jenama ni. hehe terkejut jugak. kena berhati2 smasa membeli

    ReplyDelete
  20. bahaya ni..kenapa diaorang xconcert kan perkara mcm ni..huhu.sedih2

    ReplyDelete
  21. euwwww...kotor + haram = jijik!!!sedey btol la kan

    ReplyDelete
  22. Nasib la tak pernah guna jenama ni... tapi kek lapis pakaikan... so raya thn ni camne bui.. kek lapisnya..

    ReplyDelete
  23. syiela..tu lah pasal..dh rasa was2 nak beli kek lapis tahun ni..huhu..kena tanya betul2 dulu guna butter apa sebelum beli..kalau buat sendiri takper jugak,ni selalu beli jer..senang,jimat masa dan tenaga..hehe

    ReplyDelete
  24. sejak akhir2 ni bnyk berita ttg logo halal yg ditarik semula.. inila taktik org bukan islam...meracuni darah daging kita dalam senyap.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  25. susah skang ni nk cari makan yg betul2 halal

    ReplyDelete
  26. byk tol skang bnda2 yg terkantoi ada dna babi..bhya nya

    ReplyDelete
  27. meroi la sidak pnjual kek lapis sinun kak..

    ReplyDelete

Nah Ambik ♥ Sebab Sudi Tinggalkan Komen
Ada Kesempatan Bui Jejak Korang Balik Yer
Kalau Tak Hari Ini,Esok..Kalau Tak Esok,Lusa
Bui Pasti Datang..Tunggu..^_^


♥♥♥Bui..(^___^)♥♥♥