Tuesday, May 28, 2013

Penemuan Terbaru..^_^

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



terjumpa application ni kat Play Store..terus download kat tab bui..now,banyak dah yang bui buat,cuma tunggu masa dan ketika yang sesuwai jer nak post di Instagram or Facebook..hehehe..korang nak jugak download lah sekarang..^_^..klik link kat bawah kalau nak tahu lebih lanjut tentang application ni..

TEXTCUTIE

dan nak habaq kat korang jugak sekarang bui dah terjebak dengan...sila tengok gambar kat bawah kalau nak tahu bui terjebak dengan apa..^_^



ya betul,Candy Crush...hihihi..baru hari Ahad lepas terjebak..now baru sampai level 36..huhu..adik bui Sheila dah level 185..jauh lagi nak kejar tu..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Saturday, May 25, 2013

Gambar Percutian Kami Ke Aquaria,KLCC

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ok,kali ni percutian kami ke KL adalah selama 3 hari,2 malam jer..yang pergi bui,hubby,pihan,athirah,adik bui (sheila) dan hubby sheila (fuad)..6 orang semuanya


tarikh percutian pulak adalah pada 2 Mei 2013 - 4 Mei 2013..terbang menggunakan Air Asia..masa bui beli tiket harga tiket masa tu cuma Rm29 pergi dan Rm29 balik..bermakna Rm29 x 8 (pergi balik) = Rm232 jer..murahkan..sheila dan hubbynya pun dapat tambang yang sama..tapi mereka beli dan bayar sendiri..ngeee


untuk hotel pula,kami menginap di STAR POINTS HOTEL..kami book melalui online (Booking.Com) so dapatlah harga yang murah sikit..bayaran semalam rasanya hanya Rm180 (lupa harga sebenar) so,kami ambil 2 malam bayaran adalah sekitar Rm360..kami book satu bilik dan Sheila dengan hubbynya satu bilik..takkan nak kongsi bilik kan..tak sesuwaiiii..^_^


ok,first day datang,dari LCCT naik bas terus ke KL Sentral..dari KL Sentral terus naik LRT ke Masjid Jamek..dari MJ kami jalan kaki ke hotel..(tak jauh,dalam 10 minit berjalan dah sampai)..sampai hotel check in dulu,simpan2 beg dalam bilik pastu keluar g  makan sekejap..balik makan naik hotel balik dan tidoooo


second day,kami ke Aquaria KLCC..jom layan gambar yer..^_^


kami breakfast dulu..tak ingat nama tempat ni tapi dalam KLCC..
makanan adalah mahal okey..huhu


perjalanan dalam terowong menuju ke Aquaria
gambar ke-3 tu gambar di kaunter pembayaran tiket masuk
dewasa = Rm28 seorang (kita pakai goverment rate,kalau harga biasa Rm38)
kanak2 = Rm22 seorang (pakai government rate jugak,kalau biasa Rm28 kalau x silap)
apa2 pun untuk maklumat lebih tepat,korang rujuk AQUARIA,KLCC yer



ingatkan hanya ada ikan2 kat dalam Aquaria
rupa2nya ada hidupan lain jugak..yang pasti 'mereka' unik taww
saksikanlah antara pose kami masa kat dalam tu


 jugak aksi2 dari kami..abaikan jer gambar lobang idong pompuan baju kuning..hahaha


masa untuk karikatur..mula2 Sheila+Fuad..
bayaran Rm40 sebab untuk satu lukisan wajah pelukis ni caj Rm20,so 2 wajah adalah Rm40


pastu turn kami pulak..sebab kami berempat kami kena bayar Rm80
tapi memang sangat puas hati,sebab lukisan dahlah cantik pastu dapat pulak berkenalan
dengan Abang Aloy Karikatur ni (pelukis)
dia adalah pelukis kartun majalah Gila-Gila taww..baik dan peramah orangnya..^_^
now,dia dah jadi kawan instagram bui dan hubby


k,ni aksi2 b4 balik
dan gambar2 kat bawah,bui sengaja letak satu2
supaya jelas mata korang melihat
betapa best dan indahnya suasana kat dalam tu..ewahhhh..


hubby yang tak habis2 ambil gambar ikan


tengok gigi ikan jerung ni..mengerikan..nasib baik dalam akuarium..eiii


penyu kuning tu stylo giler..hihihi
sebab apa bui kata stylo sebab dia sangat 'eksen' taww
masa kami ambil rakaman video,dia boleh bagi aksi2 yang sangat mencuit hati
tapi bui takder letak video tu kat sini..malas.hihi..mayb one day later..


feeding time..best sangat2 bila tengok ikan2 tu datang beramai2 untuk makan
dahlah beramai2..rakus pulak tu..hahaha


salute dengan 2 orang penyelam ni..berani betul mereka kan..^_^


ok,lah..ni ajer entry tentang kami ke Aquaria,KLCC..insha allah jika dapat hidayah bui up entry pulak gambar percutian kami ke i-City k..baideway,nak bagitau jugak dekat korang ni.kami ke i-City sama hari dengan hari kami ke Aquaria ni,cuma ke Aquaria belah pagi dan ke i-City pulak belah petang..penat tapi seronok..till then..babaiiii..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Thursday, May 23, 2013

Kami Sudah Putus Hubungan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


bukan bui dan hubby yer..nauzzubillahiminzalik..i lerp my hubby so muchy-muchy..dan biarlah jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat..amin...ok,ini gosip retis..dah lama tak buat entry pasal retis so hari ni nak buat lah..lagipun takder idea nak update apa hari ni..mood tengah tak stabil sekarang,sebab tekak sakit dan ada ulser dalam mulut..huhu (petanda awal nak demam la ni)



sama cantik,sama padan tapi hanya sempat bercinta 2 bulan jer..


Kuala Lumpur: “Ya, kami sudah putus hubungan dan setakat itu sajalah hubungan kami.

“Lebih baik berpisah awal secara baik daripada mencetuskan pergaduhan pada masa depan,” kata pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo Omar, 28 mengakui hubungan cintanya bersama pelajar Universiti LimKokWing, Hans Jaafar, 25 sudah berakhir.

Fizo dihubungi semalam berkata, hubungannya bersama pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan itu hanya bertahan dua bulan selepas tiada keserasian bersama.

“Saya anggap hubungan ini berakhir kerana tiada jodoh dan persefahaman. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” katanya.

Kata Fizo, dia menerima keputusan putus cinta dengan hati terbuka dan mengakui masih berkawan bersama wanita itu.

dah takder jodoh,nak buat macam mana ye tak?sumber : MyMetro



Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Wednesday, May 22, 2013

Shopping di DEALMATES..Murah Beb

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


puas jugak menahan hati daripada membeli belah di DEALMATES ni tapi setannorajim tetap jugak menghasut dan akhirnya bui terkulai layu dengan godaan yang sangat dashyat tu..hahaha..manakan tak tergoda kalau barang yang berharga RM300 lebih then ada diskaun dan harga yang perlu dibayar hanyalah RM28..perrghhh,siapa tak tergoda kan..


nak tahu apa yang bui telah beli semalam?ni ha cincin Zirconia..cantikkan..simpel tapi nice (bagi bui la)..


harga asal cincin ni sebenarnya RM318 tapi setelah diskaun sebanyak 92% jadi tinggal hanya RM27.90..selain dapat cincin korang jugak akan dapat rebat kredit RM3 dan free velvet pouch lagi..tawaran yang sangat menarik hati kan..^_^..sapa2 yang nak bertunang then nak berjimat cermat,apa kata korang beli jer cincin ni..murah tapi cantik


bui dah beli, sekarang tengah tunggu barang datang lagi..



senang jer nak beli barang kat sini, antaranya boleh gunakan Maybank2u..korang bolehlah cuci2 mata dengan pergi ke laman web mereka yer..banyak pilihan,barang pun cantik2..klik DEALMATES laju2..^_^


sebenarnya ni kali ke-2 bui shooping dekat Dealmates, pembelian pertama bui adalah beg ini (dah pakai masa g Kay Ell aritu..)



selamat shopping semua..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Tuesday, May 21, 2013

About Me / Jom Berkenalan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


entry ni bui buat supaya kamu-kamu semua boleh kenal bui dengan lebih detail..biasanya kan bila pes time bui pergi ke blog orang, bui akan cari info pasal tuan punya blog..so ABOUT ME ni la yang bui akan cari dulu..supaya tak tersalah panggil nama atau terkurang ajar (maksudnya kalau owner blog tu berumur dari kita,kita kenalah hormat dengan panggil mereka kakak atau abang..kalau sebaya boleh panggil nama dan kalau muda boleh panggil adik..adik manis..hahaha)


so,bagi bui memang penting ABOUT ME ni supaya mereka yang datang boleh kenal kita dengan lebih terperinci..tapi terperinci yang berpada2 lah,jangan sampai benda yang peribadi pun nak bagitau dekat semua orang..itu sudah membuka pekung didada sendiri..ewah,berpepatah la pulak..apa2 pun,lain la kalau korang memang nak berahsia tentang diri sendiri..tak dinafikan memang ada segelintir orang tak suka dedahkan tentang diri mereka..ok,itu bui faham..itu hak masing2 kan,kita tak boleh nak paksa memaksa..^_^..

ok,now..jom berkenalan dengan bui

hi, saya Puan Bui dan Mr Hubby..selamat datang..jemputlah minum..^_^

Nama Sebenar : Rabuyah Junaidi ( klasikkan nama bui )
Nama Panggilan : Bui
Umur : 36 tahun ( so,from now on siapa yang muda dari bui cepat panggil Kak Bui..^_^ )
Status Perkahwinan : Berkahwin
Bilangan Anak : 2 orang ( lelaki+perempuan )
Pekerjaan : Pembantu Pengurusan Murid ( kerja di sekolah, dalam kelas, tapi BUKAN CIKGU yer..part ni ramai sangat yang konpius tak berkesudahan..)

dan ini anak2 bui..6 & 7 tahun (2013)


bui start berblog ni pada tahun 2009 (4 tahun lepas)..tujuan utama pada mulanya sebab nak jual barang2 preloved sebab tu nama blog ni http://idzrarynprelovedproperty.blogsopt.com..tapi ntah bila minat nak berjual-beli mulai pudar (macam lagu Rossa la pulak) dan bertukar kepada minat nak berkongsi cerita dan pengalaman hidup..so,sampai lah sekarang perkongsian itu diteruskan..


terima kasih buat semua yang sudi menjadi sahabat di alam maya..oh,ya lupa nak bagitau..bui orang Kuching,Sarawak..siapa nak datang Kuching bagitau bui taww,bui boleh bawak korang jalan2..^_^


bye kitak orang..!!!


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, May 20, 2013

Jemputan Hadir Ke Event Nuffnang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


masa bui buat entry DAPAT PANGGILAN DARI NUFFNANG, bui ada kata yang bui dapat jemputan untuk hadir event pada 23 Mei 2013 (Khamis) ini..mesti korang tertanya2 event untuk apa kan?ok,lah ekceli bui dapat jemputan ke parti ini..rujuk gambar k



Dear Nuffnanger,
Good news! You are cordially invited to the one and only Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party which will be happening on:

Date:23rd May 2013 (Thursday) - Friday is a public holiday! :D 
Time: 6.30 pm,
Venue: Poppy Garden, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

TWO (2) invites have been reserved under your name and email address at this point. Kindly fill in your details at this page (http://blog.nuffnang.com.my/rsvp_party_acerintel/) to confirm your attendance by 12pm, 21st May 2012 (Tuesday). Due to an overwhelming response from bloggers, kindly RSVP before the deadline to avoid your passes being revoked and passed on to other bloggers.

Kindly take note that the registration will start at 6.30pm sharp so do make sure to be punctual! :) A competition could win you the Aspire P3 Ultrabook but you can't win if you're not there so, you have to be there! Now mark your calendars and set your alerts Nuffnangers! Come join the party and experience first-hand the product yourself! Until the night of the party, that is, so be there and don’t be square. Kick back a few drinks, indulge in some treats and be there for the official launch! 

Cheers,
Anne Cheah
Senior Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd


baideway,sebab musabab bui dapat jemputan ni adalah kerana entry ASPIRE P3 CONVERTIBLE ULTRABOOK..bui buat entry tu suka2 jer test bakat dan tak sangka boleh dapat jemputan ke event ni..pada mulanya bui memang terfikir nak pergi..dah plan nak ajak hubby sebab mereka invite 2 orang..tapi bila difikirkan masa dan tempat yang kurang sesuai bui batalkan jer hasrat nak pergi..maksud 'tempat yang kurang sesuai' tu sebab party tu mereka buat dekat kelab malam..tempat orang clubbing..oh,no!


ralat jugak rasa hati tapi nak buat macam mana..sedeyyyy..tapi nasib baik NUFFNANG bagi BE @ CPUV baru,terubat jugak rasa hati ini..ngeeee..^_^




Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Saturday, May 18, 2013

Memadu Asmara Tepi Pantai

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ewah,tajuk entry macam nak bikin kontroversi jer..haha
sila jangan salah faham yer..bui terjumpa gambar ni kat FB tadi
terpesona dengan keromantikan de amor tempat ni
terus terasa nak hubby dating kat sini la
jom hubby,kita memadu asmara tepi pantai..^_^




hubby bui kata..jangan nak berangan..nyamuk banyak..hahahaha
bui memang suka berangan sebab berangan is free..ngeee


Take Care & Thanks For Reading..Take This

Friday, May 17, 2013

Dapat Panggilan Dari NUFFNANG

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


petang semalam balik dari kerja bui terima panggilan yang bernombor +60326923808, tengok nombor memang taulah panggilan dari KL kan..mula2 bui tak nak angkat sebab selalu terima panggilan yang macam ni mesti nak promosi segala bagai..tapi kali ni bui dapat hidayah untuk jawab, kot2 manalah tau ada sedara mara yang kol nak bagitau hal penting..


....rupa2nya bui dapat panggilan dari orang Nuffnang..


macam ni bunyi dialognya...dia bercakap dalam bahasa inggeris tapi bui terjemahkan dalam bahasa melayu k..senang kerja bui..haha


hello, boleh bercakap dengan Puan Rabuyah Junaidi
(ok,bui tau nama bui tu klasik,jangan la gelak)
yer,saya bercakap..
hai,saya Darren dari Nuffnang
dari mana ?
(bui tanya lagi sebab rasa tak percaya)
Darren dari Nuffnang
oww,yer ada apa Mr.Darren?
(tanya macam takder perasaan,padahal dalam hati terasa nak lompat katak jer..sebab ini pes time dapat kol dari mereka)
Kita dah baca entry I AM THE UNSTOPPABLE EXPLORER yang puan buat dan puan telah terpilih dan kita nak jemput puan untuk hadir ke event Explorer On The Go Contest pada 18 Mei 2013 ini di Sunway Piramid..
alamak, rasanya saya tak boleh datang la Mr.Darren sebab buat masa ini saya di Kuching...
kalau macam tu,tak mengapa puan..terima kasih, semoga kita berjumpa lain kali


uwwwaaaaa..nak nanges boleh tak?sebab bui rasa kecewa sangat sebab tak dapat nak join event tu..kalau mereka buat bukan dalam masa terdekat mungkin bui boleh datang..boleh jugak buat perancangan dan beli tiket 'belon' awal2..ini tidak, esok taww..bui bukannya duduk KL, bui duduk Kuching..jauh..takperlah, dah takder rezeki nak join, nak buat macam mana lah kan..huhu..melepaslah peluang bui untuk menang hadiah2 seperti kat bawah ni...




baideway, baru bukak email tadi, dapat jugak jemputan untuk hadir event pada 23 Mei nanti..yang ni esok bui stori-mori ok..nak beli tiket 'belon' lah,nak fly ke Kay El..ewahhh..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Sebab Kenapa Lelaki Tak Boleh Pakai Syampu Perempuan

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


mak aiii,panjang betul tajuk tapi entry nya simple jer..kalau nak tahu jawapan kenapa lelaki tak boleh pakai syampu perempuan,korang kenalah tengok video kat bawah ni yer..^_^




so,kaum lelaki? ada berani nak pakai syampu perempuan lagi tak?hahaha
p/s : bui dah buat header baru..ok tak?sampai sakit2 bahu bui ni..sheksssa..
then petang semalam jugak bui terima panggilan dari pihak Nuffnang..
nanti2 lah bui story pasal tu yer..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 16.5.2013

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ekceli,hari ni sekolah kami mengadakan sambutan hari guru..kami staf sokongan pun turut diraikan jugak..acara simpel jer,makan2 ambil gambar then adalah sikit persembahan..tak sampai 3 jam dah selesai majlis..now,bui dah boleh rewang2..ewah..


ni 2 keping gambar bui bersama member2..mereka ni kerja di pejabat am,cuma bui jer yang bertugas di kelas..sebab pekerjaan bui ni kan memerlukan bui menjaga pelajar pendidikan khas dalam bilik kelas..sekali-sekala jer bui akan ke pejabat..tapi walaupun jarang ke pejabat hubungan kami bertaut erat sebab mereka semua baik2 orangnya..^_^

 
ni gambar fresh dari ladang taww sebab baru diambil pada pagi tadi sekitar jam 8 pagi macam tu..


Sue , Zay , Bui , Sofea dan Nor
(2 mak orang,3 anak dara..hehe)


ekceli staf sokongan di sekolah kami ada 29 orang tapi lepas sesi bergambar bersama pengetua mereka semua terus ke stesen masing2..so,takder la gambar bersama mereka..huhu.




baideway..SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 yang ada di Malaysia..(bajet guru2 ada baca blog bui letew..hahahaha)..buat bekas2 guru bui TERIMA KASIH ATAS JASA KALIAN..semoga Allah sahaja membalas budi baik korang mengajar kami hingga pandai dan jadi orang berguna..



Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Koleksi BE @ CPUV Dari Nuffnang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


....dipersembahkan koleksi BE untuk tahun 2013 setakat bulan Mei ni buat tatapan korang semua..saja nak buat korang jeles..hahaha..takder maknanya okey sebab ada orang lain yang dapat lebih banyak lagi daripada ini..setakat BE ciput macam ni apalah sangatkan..bui buat entry ni untuk kenang-kenangan selain buat rujukan kemudian hari..(rujukan yang macam mana tu,biarlah rahsia..ewah..) selain tu,ni jugak tanda penghargaan buat NUFFNANG sebab tak jemu2 bagi BE pada blog bui yang tak seberapanya ini...kot2 manalah tau lepas ni mereka bagi sponsored post pulak..^_^


JANUARI


FEBRUARI


MAC


APRIL


APRIL + MEI (still on-going)


Kesimpulannya..
ewah,macam karangan bahasa Melayu lah..

INI BLOG BUI = 12 BE so far..
BUI TUTORIAL = 7 BE so far..

jadi jumlah semua BE yang bui dapat untuk kedua2 blog bui adalah sebanyak 19 BE @ CPUV (macam jawapan kepada soalan maths la pulak..hehe)


syukurlah,sepanjang menceburi dunia blog ni,iklan dari Nuffnang ni lah antara pembakar semangat nak up kan entry..bui percaya korang pun macam tu jugak kan..rasa berbaloi bila buat blog ada orang sudi baca dan beri komen macam korang semua dan ditambah lagi dengan adanya pendapatan sampingan sebegini..biarlah jumlahnya tidaklah sampai ribu-raban,setakat ratus-ratusan tu pun dah kira ok..bak kata pepatah Melayu,sikit2 lama2 jadi bukit..eh,apesal jadi bukit?..taknak la bui..kita tukar yer..sikit-sikit,lama-lama jadi duit..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday - Bandar Bercahaya

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



akhirnya tercapai jugak impian nak ke i-City..^_^..tapi kenapakah bui nampak kemetot jer dalam gambar ni,sedangkan ketinggian bui adalah 170cm..(silalah jangan percaya..^_^)



Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Aspire P3 Convertible Ultrabook™

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


wowowowo..barang baik wowowowo..barang baik bakal muncul di pasaran..moncongkan molot anda sekarang jugak sambil sebut wowowowo sebab bui nak perkenalkan barang baik dekat korang semua ni...siapa gila gadget wajib baca entry ni dengan bersungguh-sungguh lagi tekun..yang tak gila gadget buat2 la gila sekejap ok..^_^



bui percaya ramai antara kita semua yang pakai brand laptop jenama Acer ni kan..sebab brand ni memang sangat dipercayai ramai..ewahhh..adik bui pun dah berkurun lama guna lappy Acer cuma bui jer yang masih setia guna Toshiba tapi lepas tengok kecanggihan Aspire P3 Convertible Ultrabook™ yang akan dilancarkan pada 23 Mei 2013 ni nanti terus rasa nak sedekahkan jer lappy Toshiba bui tu kat orang..ada yang nak tak..???ngeeee..



bukan apa,kecanggihan Aspire P3 Convertible Ultrabook™ sangat2 lah mengagumkan..korang tak percaya yer,apa kata korang tengok dulu video ni..jangan sampai meleleh2 air liur taw..hehe






dah tengok kan,sure dalam hati korang berkata..wowowowowo..mesti korang terus rasa nak terjah kedai gadget sekarang jugak kan..macam tu la yang bui rasa bila tengok video kat atas tu..sangat teruja dengan teknologi baru yang dibawakan oleh Aspire P3 Convertible Ultrabook™  ni..

Ciri2 khusus Aspire P3 Convertible Ultrabook™  adalah :-

**Inspired by Intel
**Ultraportable
**Detachable
**Touch Centric


ciri2 yang sangat osem lagi gojes okey..so,moh ler kita kumpul duit dari hari ni dan beli Aspire P3 Convertible Ultrabook™ beramai-ramai..hehe..nak baca lebih lanjut tentang produk ni boleh KLIK SINI



Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Tuesday, May 14, 2013

Bilik Tidur Cantik Idaman Hati

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


tetiba hari ni nak cerita pasal bilik tidur idaman hati..kalaulah dapat jadi kenyataan salah satu bilik kat bawah ni alangkah bahagia rasa dalam hati bui ini..ewah..ewah..kemain lagi kan..hahaha


tapi ada salah satu bilik tidur kat bawah ni,insha allah bui akan merealisasikan nya menjadi satu realiti..cer korang teka yang mana satu..hehe..siapa dapat teka dengan tepat bui bagi hadiah..hadiah percutian 2 hari 1 malam di rumah bui..hahahaha...


ok,moh ler layan gambar2 bilik tidur cantik idaman hati bui n mayb korang jugak kot..^_^

 terus feeling puteri raja beradu


 gaya inggeris yang sangat cozy


 hijau yang mendamaikan


 macam aiskrim 


 ungu yang misteri


 simple but nice


warna yang soft..sejuk mata memandang


 sesuai untuk anak dara bui ni


sure mimpi indah dapat bilik tidur macam ni


tapi dahku bukan orang kaya nak ada bilik tidur seperti kat atas..setakat berangan2 bolehlah..berangan kan free..ngeeeee..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Monday, May 13, 2013

10 Perkara Tentang Anak

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


ni gambar anak2 bui 2 tahun lepas..^_^..hidung very the kembang setaman..haha

Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa,

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap
2. Anak perempuan cakap banyak 3x daripada anak lelaki
3. Bermain dengan anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan bapa. Main ultramen, pergi padang.Kalau anak lelaki x dapat fizikal touch dia akan suka bergaduh dengan adik2 dia
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina ikatan antara anak dan ibu bapa
6. Anak2 pun stress sebab tak keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakkan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan kemahiran mereka
9. Kanak2 yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal,lebih berkeyakinan diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah,dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik

Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Saturday, May 11, 2013

Header Buatan Sendiri

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿
 

 bui pakai yang no.2..simple jer kan


ehem..ehem..selamat berhujung minggu semua,semoga korang gumbira hendaknya..hehehe..tujuan utama entry kali ni bui nak bagitau bahwasanya bui dah tukar header yang baru, kalau dulu bui pinjam header dari CCI (mekaseh CCI..^_^)


tapi sekarang bui dah pakai header yang bui buat sendiri,walaupun tak berapa nak cantik tapi ok jugak lah kan sebab hasil usaha sendiri, lenkali bui terai buat yang lebih gempak k


untuk AJU,bui tak berbakat sangat buat header..so,bui mintak maaf lah tak dapat nak buat header untuk AJU..tak konpiden lagi nak buat header untuk orang..setakat header cap ayam macam kat atas tu bolehlah..^_^


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥

Friday, May 10, 2013

13 Rahsia Solat

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿


Inilah dia 13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


Take Care..♥..Thanks For Reading..

Wednesday, May 8, 2013

Hobi

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿



mula2 niat nak letak header ni,tapi macam x sesuai la pulak imej terkangkang-kangkang macam tu..saya kan sopan orangnya..hahaha


dah terang2 saya kata (apesal pulak pakai 'saya'..ntah,suka2..hihi) hobi saya adalah edit blog jadi,terimalah blog make over yang terbaru dari saya..tema simpel jer kali ni


susah betul nak buang 'hobi' yang satu ni..dah macam satu habitat..eh,salah..habit la..sanggup tak tidur semata2 nak edit blog..sanggup delay iron baju untuk kerja esok..sanggup biarkan hubby tidur peluk guling..eh,eh..ober pulak..


tapi,bila edit blog macam ni kan,timbul satu kepuasan dalam diri saya..puas hati sebab saya boleh make over blog sendiri dengan sewenang2nya..walaupun x cantik,janji cun..hahahaha


ok,lah..dah penat edit blog ni so saya nak tidur lah pulak..baideway,tentang nak tukar nama blog tu,saya rasa tak jadi lah saya nak tukar sekarang,sebab banyak benda kena ubah kalau tukar nama blog..so,nanti2 lah..tapi pendapat korang saya akan guna bila tiba masanya nanti..


Take Care & Thanks For Reading This Entry..Take This ♥