Wednesday, July 25, 2012

Chicken Pox a.k.a Demam Campak Menyerang

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

isnin lepas bui ambik cuti sebab anak dara bui demam..ingatkan demam biasa,rupanya terkena demam campak dia..dan hari ni pun terpaksa cuti sebab nak jaga dia dekat rumah

korang layanlah gambar yang bui ambil pagi ni tadi..nampaknya semakin menjadi2 bintik2 tu keluar

masa ni memang panas badan dia

seketul di dahi
belakang badan
zoom sikit
dekat perut..
harap2 cepatlah Athirah sembuh..dah lah hari nak raya ni,takkan ziarah rumah orang nanti dengan muka dan badan yang berbintik2..hahaha

oh,ya..SELAMAT BERPUASA semua..maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog..mayb musim ribut taufan malas tengah melanda diri bui sekarang

harap diampunkan lah yer kalau bui tak menjenguk korang...^_^

siapa ada petua nak sembuhkan demam campak ni dengan cepat,tolong bagitau k..

Sunday, July 15, 2012

Bowling Dan BE

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

salam Ahad semua..tetiba dapat hidayah pulak pagi2 ni nak update blog..hahaha

hari ni bui bangun awal sebab pukul 10 pagi nanti bui ada pertandingan bowling..korang tolonglah doakan bui menang yer..semoga berkat doa korang dapat jugak bui menjulang piala hari ni..^_^

pasal pindah rumah,syukur alhamdulillah bab kemas mengemas telah setel hampir 100%..adalah sikit2 lagi yang perlu dibuat tapi nanti-nantilah

sekarang kami 4 beranak sudah boleh tidur dengan aman..tapi taklah berapa nak aman sangat pun sebab bila duduk flat macam ni suasana bising jiran2 tu tak boleh nak elak..wat to do,redha ajerlah

insyaallah jika ada rezeki kami akan berpindah (mayb 2 tahun lagi kot) lagi tapi kali ni ke rumah sendiri..tak sabar rasa dihati..cehhhh

oh,ya..kepada yang sudi follow dan sudi memberi komen nanti bui akan follow korang balik dan balas kunjungan korang yer..promise!!!..

bahan bukti..^_^

dalam keadaan semakin jarang update blog,syukur alhamdulillah Nuffnang masih sudi bagi BE..sekarang ada 9 BE tengah running..syukur2..

Monday, July 9, 2012

Berpindah Rumah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

kalau lah pindah rumah boleh macam ni kan best

baru dapat update lagi ni..semoga korang sihat2 jer..bui,tak berapa nak sihat ni sebab sakit pinggang dan lenguh2 badan

dapat sakit2 ni gara2 berpindah rumah hari khamis (pindahkan perabot) dan ahad (pindah sepenuhnya) yang lepas..bagi yang pernah pindah rumah tahulah macam mana seksanya rasa..penat sangat2,kemas itu,kemas ini..fuhhh...

kalau korang nak tau,sekarang bui dah tak tinggal dekat area Matang lagi (kalau orang Kuching,mesti tahu area ni)

sekarang bui dah berpindah ke area BDC pulak..tapi bukan tinggal dekat rumah sendiri yer..tinggal di flat persekutuan kerajaan jer

rumah yang dekat Matang tu bui dah jual..mesti korang hairan kan kenapa nak jual rumah pulak sedangkan zaman sekarang,harga rumah amatlah mahal

kalau dekat Kuching sekarang harga rumah kalau tak 200k ke atas macam tak sah..ada pun yang bawah 200k tapi lokasi amatlah jauh dari bandar

tapi ini semua perancangan bui dan hubby..insyaallah,bila bui disahkan jawatan nanti bui dan hubby akan combine loan then kita orang akan beli rumah yang besar sikit..^_^

**dapat 2 lagi BE Unilever AXE Island dan Maxis Home FWBB dekat BUI TUTORIAL..tapi malas eh nak buat entry pasal tu..tak pasal2 korang meluat nanti sebab asyik buat entry dapat BE..hehehehe*

Thursday, July 5, 2012

Seronoknya Dapat BE Lagi..^_^

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

terima kasih sangat pada NUFFNANG sebab tak putus2 bagi BE pada blog bui..kalau tak di INI BLOG BUI dekat BUI TUTORIAL pasti ada BE yang nuffnang bagi..



BE ke 14 dah pun menjadi ME..syukurlah walaupun taklah banyak mana yang dapat atleast ada jugak pendapatan hasil dari berblogging..

BE yang terbaru ni BE yang ke 19 dalam tahun 2012..kalau 2011,bui dapat 20 jer BE harap2 tahun ni bolehlah dapat lebih lagi..hehehe..alhamdulillah..^_^



cehhh..terus kira duit ko yer Nyet..hahaha






entry ni bui buat malam tadi..

Wednesday, July 4, 2012

Saya Yang Menurut Perintah

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

bagi yang kerja gomen ayat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' mesti biasa di lihat atau di dengarkan..

sebab kalau dalam surat2 rasmi mesti ada ayat ni..apa kaitan ayat tu dengan entry bui?jom bui cerita...

pagi tadi,bui di panggil ke pejabat sebab ketua pembantu tadbir nak jumpa..ingatkan pasal pertandingan bowling yang kami akan sertai 15.7 ni

rupa2 sebab lain..pengetua (big boss..^_^) nak bui bekerja sepenuh masa di pejabat mulai hari ini hingga 9.8.2012 nanti..

ekceli hari ni ada guru praktikal dalam bidang pendidikan khas melapor diri..dia akan menjalani praktikal di kelas pendidikan khas selama sebulan di sekolah kami

jadi,big boss nak dia ganti tempat bui dan arahkan bui bekerja di pejabat sepanjang guru tu menjalani praktikal..

rela atau tidak rela,nak atau tak nak..bui terpaksa akur dengan arahan big boss..SYMP boss!!!..^_^

begitulah kisahnya..hehe..jadi kalau di pejabat,alamat semakin bersawanglah blog bui ni sebab big boss yang baru ni sentiasa memantau apa yang para kerani buat

nanti tak pasal2 bui kena sound kalau dia tahu bui berblogging masa kerja..huhuhu

semenjak dia berpindah ke sekolah kami,macam2 perubahan dibuat..siap pasang CCTV you...alahaiiii..sabar ajerlah...
Dalam sebuah hadis, Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Kamu wajib patuh dan setia sama ada dalam keadaan susah mahupun senang, disukai atau dibenci dan biarpun merugikan kepentinganmu." (Riwayat Muslim).

Tuesday, July 3, 2012

Syukurlah..

✿ Assalamualaikum..Salam Sejahtera ✿

AMARAN..^_^..!!!
INI CERITA MINGGU LEPAS..TERLUPA BENAR2 NAK PUBLISH..TAPI BUI PUBLISH JUGAK SEBAB LAMA TAK UPDATE..KESIAN BLOG..

syukur alhamdulillah,sakit pergelangan tangan yang bui hidapi dah pun sembuh sepenuhnya..lepas pergi berurut khamis lepas,sakitnya agak berkurangan

jumaat tu,sakitnya datang balik..plan memang nak ke klinik petang tu tapi sebab ada hal (kursus + pertandingan bowling) bui batalkan hasrat nak ke klinik

oh,ya..jumaat tu dari jam 2 petang - 5 petang,kami staf sokongan ada Kursus Pengurusan Kerjaya..buat dekat sekolah jer..lepas tu sabtu sambung lagi dari jam 8 pagi - 1 petang

dalam kesakitan tangan tu kan,bui sempat lagi join tournament bowling..tapi bukan pertandingan yang besar2 pun..pertandingan antara ibubapa dan guru2 pelajar2 di Tabika Perpaduan Ong Tiang Swee (tempat anak2 bui bersekolah)

jadi pertandingan ni lebih kepada just for fun jer..selain dapat bergaul dengan ibu bapa yang lain,boleh jugak merapatkan silaturahim dengan guru2 dekat sekolah anak2 bui tu..

memang seronok habis kami malam jumaat tu..tangan yang sakit pun tak terasa sakitnya..hehehe..dan yang ajaibnya bangun pagi sabtu tu tangan bui dah tak rasa ngilu lagi..syukurlah

agak2nya..penyembuhnya memang kena baling bola bowling kot..hahahahaha..^_^..nak tau keputusan tournament malam tu tak?..tak nak tau pun bui tetap nak bagitau..hehehe..

hubby bui dapat no.1 kategori lelaki dan bui hanya dapat no.2 jer kategori perempuan..alhamdulillah,dapat jugak piala dan hamper..

maaflah yer,entry tak bergambar..bui terlalu malas nak transferkan gambar dari henpon..huhuhu

JAP LAGI BUI BALAS JEJAK KAWAN2 YER..