Sunday, July 31, 2011

Niat Puasa Ramadhan



Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan
bermaksud :
SAHAJA AKU BERPUASA KESELURUHAN BULAN RAMADHAN KERANA ALLAH TA'ALA

Lafaz Niat Puasa (Harian)
bermaksud :
SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARU MENUNAIKAN FARDHU RAMADHAN TAHUN INI KERANA ALLAH TA'ALA

Doa Berbuka Puasa

bermaksud :
YA ALLAH UNTUK MU AKU BERPUASA DAN DENGAN MU AKU BERIMAN,DENGAN REZEKI MU AKU BERBUKA,DENGAN RAHMAT MU WAHAI YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG



Friday, July 29, 2011

Menyambut Bulan Ramadhan

sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tak lama lagi
apa kata sama2 kita renungkan artikel ini yer..
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN"



“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS.Al-Baqarah:183)

Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini.

Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, orang-orang beriman menyambutnya dengan rasa gembira kerana kekasihnya Ramadhan akan datang, sehingga perintah shaum (puasa) yang diwajibkan Allah pada bulan itu dapat dilakukannya dengan baik. Nabi Muhammad Saw bersabda; “Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka” (Al-Hadis).

Tetapi ada juga orang yang menyambut bulan suci Ramadhan dengan perasaan tidak senang, sebab kedatangannya dianggap akan merugikan dirinya. Juga mengekang kebiasaannya yang dilakukannya di luar bulan Ramadhan, seperti makan dan minum di siang hari, merokok, dan sebagainya.

Ramadhan akan kembali menyapa kita, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan. Kehadirannya membawa keberkatan yang melimpah ruah, kerana sebulan dalam bulan Ramadhan itu dibuka lebar-lebarnya semua pintu syurga dan dikunci semua pintu neraka..

“Sesungguhnya telah datang bulan yang penuh keberkatan, dimana telah difardhukan atas kamu berpuasa. Dibukakan pada bulan itu semua pintu syurga dan dikuncikan padanya semua pintu neraka dan dibelenggu pada bulan itu segala syaitan. Dalam bulan itu, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..(HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqi dari Abu Hurairah).

sumber : aku islam.com

Thursday, July 28, 2011

Jom Terjah Bloglist Bui (Siri 3) - Akhir

sambungan dari entry INI dan INI
kali ni ada 21 buah blog semuanya
menjadikan jumlah sebenar yang join bloglist bui adalah sebanyak 51 kesemuanya
sila terjah sampai penat..haha
jom..jom..cepat
http://azeeliazman.blogspot.com/
(takleh bukak link ni,blog dh remove)

takyah right klik,pilih jer mana2 blog yang korang suka
lepas tu skodenglah sesuka hati
dan jangan lupa follow
mereka semua best2 belaka..percayalah..*_*

Masa Untuk Pergi Hospital



hari tu bui ada buat pemeriksaan kesihatan secara rambang
sukat tinggi,timbang berat = BMI ok..
lepas tu,periksa tekanan darah pun ok


bila part periksa kandungan gula dalam darah,
dalam hati bui kata..mesti ok jugak ni
tapi sangkaan bui jauh meleset
kandungan gula dalam darah bui tinggi  iaitu 7.7


pegawai kesihatan tu cakap tahap kandungan gula
dalam darah yang normal adalah di bawah paras 5
jadi dia rekomen kan bui pergi buat pemeriksaan kesihatan secara terperinci..


ni yang buat bui takut ni..huhu
dan hari ni (pagi ini) bui akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan
secara jujurnya bui memang agak risau sekarang
sebab tak tau macam mana result nya nnt
lagi2 bila bui baca artikel ni..




korang tolong doakan bui yer..huhu


entry ni bui karang mlm tadi..
sbb pagi ni bui akan berada di hospital untuk tempoh yang agak lama
jadi sila jangan hairan kalau bui tak jenguk blog korang yer..




Wednesday, July 27, 2011

Tolong Bagi Penjelasan

tengah konpius ni
boleh tak sesiapa jelaskan apa ni pada bui..?
kalau nak tahu
bui rasa musykil lagi pelik
tolong yer..

Wordless Wednesday # 5


apa dalam fikiran korang..?

Tuesday, July 26, 2011

Cara-Cara Menulis Surat Resign

korang buntu macam mana nak tulis surat resign
ni bui ada bagi contoh beberapa surat yang boleh korang jadikan panduan
(tu pun kalau korang sanggup kena pelangkung dengan bos..hihi..*_*)


cth #1


cth #2


cth #3


cth #4


jadi,macam mana..ada berani..hehe..*_*



Monday, July 25, 2011

Penjelasan Untuk Mengelakkan Salah Faham


salam semua..salam 1 Malaysia..(patriotik sungguh bui pagi ni..hehe)..monday blues tak hari ni..?bui tak..bui datang dengan bersemangat dan ceria ke sekolah pagi tadi..sebab hari ni hari gaji..hahaha..bila ada duit barulah rasa bersemangat,betul tak..?..korang pun mesti rasa macam tu kan..hek eleh..jangan tipu..kalau tak der duit mesti rasa hidup tak best,tol tak..?..tapi ini bukan bermakna duit adalah segalanya ok..jangan pulak memanupulasi apa yang bui cakap kat sini..takut pulak nanti korang fikir bui ni mata duitan..oh,tidak sama sekali ok..dah,pas..pas..



jelas kan wajahku..lalalala


sebenarnya bui nak berceloteh sikit pagi ni..ada beberapa perkara yang bui nak bagitau/jelaskan dekat korang semua..diharap dengan penjelasan yang bui buat ni,boleh menjelaskan apa yang terbuku dihati korang.eh,konpiden jer bui ni..macamlah korang ada simpan perasaan macam tu kan..hihi..takpa,kalau takder pun bui ikhlas hati bagitau k..



mya kata suhweettt


syira pulak kata cantik


dan KB kata lambat loading

sabtu lepas bui buat sedikit mek over blog ni..tukar background jer..sebenarnya bui nak lari dari tema bunga2 dan tema terang..sebab tu kalau yang pergi blog bui semalam,background tu warna ungu gelap..Syira & Mya cakap cantik..tengs dear..tapi malangnya,background tu buat blog bui jadi lembap..cik KB pun cakap,background tu lambat loading..jadi bui tukar lagi pagi tadi..tapi masih maintain warna gelap jugak..kalau tak cantik or lambat jugak loading,bui nak mohon jasa baik korang sila lah bagitau bui yer..bui amat menghargai komen2 korang tu..*_*..


lepas tu,cerita pasal bui kena sondol tu kan,ada yang sangka bui ni cikgu pulak..huhu..cho-cho,bui bukan cikgulah..bui tukang kebun jer..nampak sangat menipu kan..hahaha..ok2..bui buat kenyataan kat sini bui adalah seorang PPM..(korang carilah sendiri PPM tu stand for apa..)saja nak buat korang berfikir sikit..bagi otak berjalan..hehe..yang pasti PPM bukan CIKGU yer..malu pulak bui kalau orang cakap bui ni cikgu..kadang2 bila pelajar kat sekolah panggil bui cikgu,bui rasa malu sangat..rasa tak layak jer..huhu


last sekali,kalau lah korang perasan..kalau tak perasan jugak,sila lah memperasankan diri..bui buat entry tak ikut jadual lagi..hangat2 tahi ayam betul bui ni kan..haha..bukan apa,bila buat entry berjadual macam tu timbul perasaan tertekan pulak..rasa macam hidup di atur2..tak rasa bebas..jadi bui ambik keputusan buat entry tak pakai jadual lagi dan akan buat entry secara spontan..kalau mood bui hari tu happy,happylah entry..kalau mood bui tak baik,maka berkemungkinan entry pun tak baik jugak..eh,ada entry tak baik ker...sukati jer bui ni...kalau bui takder mood pulak,maka berkemungkinan takder entry langsung..haha..


jadi diharap penjelasan2 bui kat sini telah menjelaskan segalanya yer..mana lah tau ada yang korang tertanya2,tapi malu nak bertanya jadi bui bagitaulah k..supaya tidak ada salah faham antara kita..cehhhh..ayat skima..hahaha...


Sunday, July 24, 2011

Pengalaman Pertama Disondol

AWAS,ENTRY PANJANG BERJELA..

salam semua..buat apa hari ahad ni..?bui duduk rehat jer kat rumah sebab semalam bui dah cukup sibuk sepanjang hari..dari pagi sampai ke malam keluar rumah,tu yang takder entry semalam..huhu..balik rumah pukul 11 malam,terus buat mek over blog bui ni..memang dah lama berniat nak ubah sikit wajah blog bui ni..jadi,lihatlah hasilnya..cantik tak..?cakap jer cantik,walau tak cantik..hahaha..kalau korang nak tahu memula bui buat blog dulu,memang background warna pepel..try gak warna lain,tapi alih2 balik ke warna pepel lagi..mungkin jiwa bui ni lebih ke warna pepel kot..kalau tak takkan dalam rumah pun warna pepel..hihi..(rahsia ni,jgn bagitau org lain yer..*_*)

korang layan dululah gambar2 ni..hehe
tercabut dan retak
kemek sikit jer,tapi sakit mata memandang..huhu
tinggal wayar
kedai mekanik..yang tudung pepel tu cikgu yang langgar kereta bui
2 orang mekanik 'hensem'..hihi
adusss..panjang benar mukadimah,tajuk entry bukan pasal warna pepel..ni ha,pasal kena sondol..bukan kena sondol oleh orang,tapi kena sondol kereta yang dipandu oleh orang..hehe..dan gara2 kena sondol ni lah bui susah hati sepanjang hari jumaat..sebab tu lah keluar entry susah hati tu..so,dah clear lah sekarang kenapa bui susah hati kan..mesti korang fikir..ala,benda kecik macam ni pun nak susah hati..mungkin kecik bagi korang tapi bagi bui perkara ni cukup besar..yalah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara lain2 kan..bui bagi contoh bui dan hubby..ada perkara yang hubby bui rasa perkara besar,tapi bui anggap perkara kecik jer..ada perkara yang hubby bui rasa perkara kecik,bui pulak anggap perkara tu besar..jelas tak..?

bercerita pasal kena sondol ni,pagi jumaat lepas bui turun kerja macam biasa..masa nak keluar simpang tu ada kereta sondol belakang kereta bui..terperanjat bui..(ala2 terperanjat boboi sepah tu..hihi)..mata yang kuyu,terus terbeliak besar..jantung terus dup dap dup dap..badan pulak dah menggeletar..pengalaman pertama katakan..memang panik jugak masa tu..bui keluar dari kereta dan tengok bontot kereta..alamak,ada kemek then lampu belakang ada pecah sikit dan terkeluar dari tempat nya..driver yang langgar bui tu tak keluar dari kereta nya..seorang perempuan jugak dan bui kenal siapa orangnya..rupanya cikgu yang mengajar di sekolah sama dengan bui..dalam panik2 tu,terdetik pulak dalam hati,'senang cerita kalau nak setel ni'..hehe

bui tak tunggu lama kat simpang tu,terus bui blah..masa dalam perjalanan bui dah start susah hati..macam2 dalam fikiran..sampai jer kat sekolah bui terus adakan rundingan damai dengan cikgu tu..nasib baiklah dia sanggup bertanggungjawab..tapi susah hati tak hilang lagi ni..selagi tak betul2 setel,selagi tu lah perasaan tu tetap ada..kami berjanji nak pergi sama2 ke kedai mekanik semalam(sabtu)..dan setelah 2 jam menghabiskan masa di kedai mekanik akhirnya masalah yang menyebabkan bui susah hati setel..mekanik tu baiki apa2 yang patut dan bayarannya mestilah cikgu tu yang bayarkan..dah dia yang langgar bontot kereta bui..hehe..

itulah alkisahnya..sekian,terima kasih
fuhhh..panjang betul entry bui hari ni
entah ada ke tidak orang baca..huhu

Friday, July 22, 2011

Apa Nak Buat Kalau Susah Hati


baru pagi tadi bui postkan entry pasal susah hati..tup2 hari ni bui betul2 lah susah hati..(macam terkena badi entry susah hati pulak)..rasa nak nangis dah ni...kenapalah hal ni berlaku pada bui..memang sangat di luar jangkaan betullah..malam tadi atau malam2 sebelumnya takder pulak bui mimpi yang bukan2..kata orang kadang2 mimpi tu menggambarkan apa yang akan berlaku dalam kehidupan seharian kita..tak taulah benar atau tidak...tapi hari tu bui ada mimpi mendaki gunung everest,tup2 bui dapat kerja yang bui idam2kan...kan ada betul nya tu...adoiiii,bila difikirkan semakin susah hati ni...takper,harap2 besok setel lah masalah ni..jadi esok lah bui cerita pasal apa bui susah hati yer..huhu.*_*..bila susah hati macam ni..buat apa pun serba tak kena...nak baca doa ni banyak2 lah,bagi susah hati hilang...



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

amin...
nak balik awal hari ni,tidur puas2..*_*

Jangan Susah Hati

aku susah hati ni..huhu
Korang susah hati sebab blog tak cantik?
Ada lagi blog orang lain yang lebih tak cantik

Korang susah hati sebab entry korang kurang menarik?
Ada lagi entry blogger lain tak menarik

Korang susah hati sebab follower tak ramai?
Ada lagi blogger follower ciput jer

Korang susah hati entry korang kurang komen
Ada lagi blogger entry nya takder komen langsung

Korang susah hati sebab jarang dapat blogwalking
Ada lagi blogger yang tak buat blogwalking langsung

Korang susah hati traffic tak mencanak naik
Ada lagi blogger yang traffiknya jatuh merudum

Korang susah hati Nuffnang tak bagi korang BE
Ada lagi blogger yang akaun Nuffnang nya takder duit langsung

Korang susah hati sebab baca entry ni?
Bui lagi susah hati sebab Bui bukan nak buat korang lagi susah hati
Tapi nak bagi korang senang hati..hehehe

akhir kata..kalau korang rasa korang susah hati
Ada lagi yang lebih susah hati dari korang

jadi,jangan susah hati yer..cooollll!!
keywords hari ni..susah hati..*_*

Thursday, July 21, 2011

Kisah Kunci

kau kunci cintaku didalam hatimu..hehe

pagi semalam abang yang menyewa rumah bui telefon
abang : bui,ada simpan kunci rumah spare tak?
bui : ada,tapi dekat rumah..
(masa dia call,bui dekat tempat main bowling)
abang : boleh tak ambil sekarang
bui : kenapa bang?
abang : kunci tertinggal dalam rumah,dengan kunci kereta sekali
(gara2 tergesa2 nak pergi kerja katanya..hihi)
bui : owh,ok2..nanti bui datang bawak kunci
nak tau bui buat apa..?
bui kol hubby bui suruh dia balik rumah cari kunci spare rumah sewa tu
(bui kan tengah temankan budak2 main boling..hehe)

yang sadisnya pulak,kunci spare tak jumpa
lupa dekat mana letak..last2 hubby bui dengan abang tu pecahkan jerlah pintu..
kalau tak pecahkan mana nak masuk rumah tol tak?

ni lagi satu,kunci spare rumah,kereta atau apa2 kunci lah
korang simpan dengan baik atau letak merata2..?
sebab kalau letak merata2 incase kunci utama hilang
macam mana tu..kan susah diri sendiri nanti..

ni kes marahkan diri sendiri sebenarnya
hari tu kunci kereta tak tau mana letak
cari kunci spare tak tau pulak simpan kat mana
nasib baik jumpa kunci utama tu
(tu pun lepas 8 jam mencari..huhu)
kalau tak tak taulah jadi apa..
nk sorong jer kereta tu agaknya
hahaha..*_*

jadi,renung2kan dan cooollll...*_*

Tepuk Dada Tanya Minda

model sambilan google..*_*
Hidup Kita Umpama Roda
Adakalanya Kita Berjaya
Adakalanya Kita Kecewa
Yang Kecewa Jangan Hampa
Kerana Setiap Yang Berlaku...
Pasti Ada Hikmahnya
Yang Berjaya Jangan Alpa
Kuatkan Azam,Teruskan Usaha

Hidup Ini Bagai Satu Perjuangan
Yang Tiada Hujungnya
Hari Yang Dilalui Penuh Onak Dan Duri
Jadikan Ia Sebagai Cabaran
Untuk Mematangkan Diri
Mengukuhkan Inspirasi

Hidup Ini Kita Tentukan
Hendak Seribu Daya,Tak Nak Seribu Dalih
Hidup Ada Kuasa Memilih
Tepuk Dada Tanya Minda
Dan Pilihlah Untuk Berjaya..

*_*..bui

Wednesday, July 20, 2011

Pertandingan Bowling


hari ni bui tak dapat BW kat blog korang
mesti korang rindukan bui nantikan..kui..kui..(perasan nauzubillah)
bui temankan budak2 khas kelas bui g pertandingan bowling
temankan ajer,bukan main yer..
dan kalau nak tahu bui minat sukan bowling ni
sangat minat..kalau nak kalah,jomlah lawan bui
haha..bangga diri pulak..takder pandai sangat pun
tapi kalau setakat Shalin Zulkipli tu kacang jer
hahaha..sekali lagi bui tipu
apa2 pun doakan kami menang ok..*_*

budak2 kelas khas yang bui jaga ni ada 4 orang..
insyallah,jika ada kelapangan bui buat entry pasal mereka yer..
"..mereka yang istimewa.."
(entry ni bui karang mlm tadi..*_*..harap maklum)

Tuesday, July 19, 2011

Sakit Hati

awas!!entry emosional
gerammm..grrrr
ko pahal nak marah2 tanpa sebab
kalau nak bagitau,tak boleh ker bagitau cara baik
bui ni bukan budak2 taww
dah jadi mak budak pun

bui baru bagi cadangan jer
kalau tak nak ikut bui pun tak kisah
tak yah ko buat2 muka macam tu
lepas tu nak naikkan suara
bui taulah bui ni sapa
ko tu sapa..

memang ko ajer yang betul,
yang orang lain atau bui semua salah
benci..benci..benci..

sakit hati betul pada orang yang moody
suka marah2 orang tak tentu pasal
suka hentak2 barang tanpa sebab
kalau lelaki kasar takper jugak ini perempuan
tu sebab ko tak kawen2..ooopppsss..terlebih sudah

bui ni jarang marah tapi kalau orang buat
bui sakit hati,habislah ko
lepas ni jangan harap bui nak baik dengan ko lagi
(bui tipu..huhu)
bui tumbuk baru taww..
sekadar nak luahkan perasaan sakit hati 
stress lagi,pagi tadi stress dengan kawan yang bermuka2
sekarang stress pasal 'kolik' yang moody..
bui jugak yang koolll..*_*

Kawan Talam Dua Muka

model sambilan kat google
bui ada kawan si A dan si B
A dan B berkawan rapat antara satu sama lain
walau bagaimana pun si A selalu mengumpat si B di depan bui
si B pulak tak tau langsung tentang perangai si A ni
bila si B terdengar cerita2 buruk tentang dia,
si B menuduh bui pulak yang menyebarkan cerita
padahal si A ni yang jahat mulut
si A ni memang pandai bermuka2
apabila di depan si B,si A akan berbuat seperti tiada apa yang berlaku
malah selalu memuji2 si B
adakah patut bui bagitau si B tentang si A atau buat tak tau aje
bui tak suka cari musuh apatah lagi buat orang bermusuhan..
macam mana ni..huhu..


susah nak cari kawan sejati sekarang kan..*_*

Monday, July 18, 2011

My Lucky Follower # 5,6,7

sebelum ni bui buat entry promote lucky follower ni dengan memilih seorang jer 
tapi kali ni bui buat 3 orang sekali,sebab
kalau buat seorang 1 entry sampai bila nak habiskan
follower makin hari makin bertambah..(sukerrr..*_*)
jadi promote pun mesti bertambah jugak,baru meriah..eh,takder kaitan..haha
dipersembahkan 3 orang My Lucky Follower blog bui

My Lucky Follower #5

reza al razi

My Lucky Follower #6

Lesung Batu

My Lucky Follower #7

nak tengok lucky follower yang dulu-dulu..klik SINI
update profile korang supaya mudah dijejaki..klik SINI
sekian..selamat berkenalan dengan mereka yer..*_*

Maksud Tahi Lalat Anda

model tahi lalat sambilan kat google..*_*

manusia mana yang takder tahi lalat kan
ada yang sedikit,ada yang banyak..
setiap tahi lalat dikatakan mempunyai maksud tersendiri taww
apakata kita lihat makna tahi lalat korang tu 
(sila jangan percaya 100% yer..kalau betul pun mayb kebetulan..wallahualam)


  • bibir atas kanan  -->  banyak rezeki, pandai
  • bibir atas kiri  -->  ramai kawan, baik hati
  • bibir bawah kanan   -->  disegani orang, ramai yg suka
  • bibir bawah kiri   -->  pandai bicara, tak mudah kalah
  • leher kanan   -->  cerdas, jujur, berani menderita
  • leher kiri   -->  cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  • leher di tengah   -->  tercapai cita-cita
  • biji mata kanan   -->  suka serong dan pembohong
  • biji mata kiri   -->  pembohong tetapi baik hati
  • hujung mata kanan   -->  baik hati, sopan santun, cerdas
  • hujung mata kiri   -->  baik budi, murah rezeki
  • punggung kanan   -->  agak mengalami kesulitan
  • punggung kiri   -->  malas dan suka duduk
  • betis kanan   -->  suka berhibur, boros
  • betis kiri   -->  rajin,tidak suka menganggur
  • lutut kanan -->  bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
  • lutut kiri -->  kurang kuat berusaha
  • kepala sebelah kanan -->  terkabul cita-cita
  • kepala sebelah kiri -->  sering menemui kesusahan
  • kepala sebelah belakang -->  jujur, sabar dan tekun
  • kening kanan -->  cerdas dan cekap
  • kening kiri   -->  cerdas, sopan santun
  • tengah kening   -->  keras hati, berani segala hal
  • hujung mulut kanan   -->  kecil rezeki, tak mudah kalah
  • hujung mulut kiri   -->  suka berpoya-poya
  • ketiak kanan   -->  dapat menyimpan rahsia
  • ketiak kiri   -->  jujur, banyak yang cinta
  • pergelangan kaki kanan   --> suka berpergian (keluar rumah)
  • pergelangan kaki kiri   -->  kehendak kuat
  • batang hidung   -->  banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • pada hidung   -->  banyak rezeki
  • dagu bawah kanan  -->  jujur dan baik hati
  • dagu bawah kiri   -->  bijak sana dan berbudi luhur
  • kemaluan kanan atau kiri   -->  baik, suka senggama
  • di kepala kemaluan (lelaki)   -->  bakal beristeri 2
  • tumit kanan   -->  jujur dan banyak kawan
  • tumit kiri   -->  baik budi
  • alis kanan   -->  suka menolong, baik hati
  • alis kiri   -->  ramai yang suka
  • pangkal peha kanan   -->  kemahuan kuat
  • pangkal peha kiri   -->  suka kerja apa pun
  • telapak kaki kanan -->  tak mudah mengeluh
  • jari kaki kanan  --> suka menolong
  • jari kaki kiri   -->  berbudi, suka berbuat baik
  • bahu kanan   -->  cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
  • bahu kiri   -->  suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  • buah dada kanan   -->  baik hati, pendiam,simpan rahsia
  • buah dada kiri   -->  ramai kawan, setia pada pasangan
  • lengan kanan   -->  setia dan taat pada atasan
  • lengan kiri   -->  menepati janji dan rajin
  • pipi kanan   -->  ramai teman
  • tengah-tengah pipi kanan   -->  ramai yg suka
  • tengah-tengah pipi kiri   -->  ramai teman
  • ubun-ubun   -->  kurang jujur
  • pusat   -->  cerdas, tangkas, tekun
  • pusat bahagian kanan   -->  sejahtera dalam hidup
  • pusat bahagian kiri   -->  beroleh kemuliaan
  • pinggang kanan   -->  sayang pada pasangan hidup
  • pinggang kiri   -->  disayang pasangan hidup
  • dada kanan   -->  dapat mengatasi masalah
  • dada kiri   -->  berani, jujur dan sabar
  • telapak kaki kanan   -->  tidak mudah mengeluh
  • telapak kaki kiri   -->  baik budi pekertinya
  • siku tangan kanan   -->  kuat ingin memiliki kekayaan
  • siku tangan kiri   -->  baik hati, suka menolong
  • jari tangan kanan   -->  serba beroleh keuntungan
  • jari tangan kiri   -->  serba baik bekerja
  • jari telapak tangan kanan   -->  banyak rezeki tapi boros
  • jari telapak tangan kiri   -->  banyak rezeki dan cermat
  • pergelangan tangan kanan   -->  boros, suka bersukaria
  • pergelangan tangan kiri   -->  dapat berpangkat
  • perut bawah kanan   -->  banyak rezeki, suka memberi maaf
  • perut bawah kiri   -->  baik hati, tenang hidupnya
  • sudut mata kanan dalam   -->  disayang suami atau isteri
  • sudut mata kiri dalam  -->  tidak mudah dilupakan pasangan
  • sudut mata kanan luar   -->  baik budi, ramai yg cinta
  • pelipis kiri   -->  murah rezeki, dpt jadi kaya
  • pelipis kanan   --> serba berhasil dalam usaha
  • kelopak mata kanan atas   -->  baik hati, ramah, berjaya
  • kelopak mata kiri atas   -->  baik budi, ramai yg suka
  • kelopak mata kanan bawah   -->  agak malas
  • kelopak mata kiri bawah   -->  agak bodoh, kurang bijaksana


apa2 pun,sejauh mana kebenaran nya tidak pula diketahui dengan jelas yer..hehe
bui ambil dari sumber yang boleh dipercayai..*_*


Sunday, July 17, 2011

Jom Join Bloglist Pilihan Hati

semalam join segmen,hari ni pun nak join segmen
hahaha..jangan marah yer..mood nak join segmen tengah membuak2..*_*
so korang layan ajerlah..nak join jugak..
laju2 klik SINI
tarikh tutup 18/7/2011
segmen anjuran seorang guru,hensem..tapi awasss..kepunyaan seseorang..hehe


zasss..siap,mudahkan..
bui kalau segmen mudah dan simple macam ni
mmg laju jer tangan nak join..kui..kui..
kerja rumah siap,cikgu..*_*

Saturday, July 16, 2011

" blogger | tolong ingatkan aku..."

lepas rehat puas2 semalam
akhirnya nafsu semangat bui nak berblogging kembali pulih
bila dah pulih,tu yang korang tengok bui
bagi komen2 manja dekat entry korang..hehehe

petang sabtu takder apa2 nak buat
jadi bui melancarkan aktiviti BW
dalam syok BW tu
bui ternampaklah blogger Harrazdani buat segmen
jadi bui nak join lah
nak bagi support jugak dekat harraz..*_*

"JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA,BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA"
bui suka mutiara kata ni sebab ianya
mengingatkan bui betapa kita harus bersyukur
dengan apa yang kita ada dan miliki.
walaupun apa yang kita ada tu sesuatu yang kita tidak suka
tapi kita mesti belajar menyukai nya
manalah tahu sesuatu yang pada mulanya kita tak suka
akan menjadi kesukaan kita suatu hari nanti kan..*_*

juga kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita telah ada
sebab jika kita fikir kita susah
ada lagi orang yang lebih susah dari kita..
jadi bersykurlah dengan apa yang telah kita miliki..

korang nak join jugak..?klik SINI yer
sekian..renung2kan dan selamat beramal..*_*
bui nak sambung tidur lagilah lepas ni..

Friday, July 15, 2011

Letih Fizikal Dan Mental

salam semua..
kalau korang perasan semalam sehari suntuk bui tak BW
memang tak bukak komputer langsung
entry semalam tu pun bui buat hari selasa sebenarnya..huhu

model sambilan kat google..*_*

malam sempat BW sekejap jer
follow balik korang yang sudi follow bui
lepas follow,baca komen2 'manja' korang
nak reply tapi bui memang tak larat
bui letih fizikal dan mental..huhu


entry ni pun bui buat 'emegenci'
juz nak bagitau korang semua
bui minta maaf sangat2 sebab bui tak balas kunjungan
korang semalam dan hari ni sebab bui ada hal,
yang menyebabkan bui letih fizikal dan mental
nanti bui buat entry pasal ni k
dan,dun worri,bui akan terjah blog korang nanti
sebaik sahaja semuanya selesai..*_*


sutera kasih..mun ktk terbaca entry tok
insyallah kmk akan molah tutorial apa yg ktk mintak
ya k..kelak kmk roger2 ktk..


motivasi diri
TENGOK AWAN USAH TERLUPA PADA BUMI YANG DIPIJAK



Thursday, July 14, 2011

Jom Terjah Bloglist Bui (Siri 2)

kesinambungan dari entry INI
mari skodeng 15 blog ini pula yer


sukerr tak korang semua..?*_*

sila lah terjah sekarang..*_*
setakat ni dah 30 blog yang bui senaraikan
yang selebihnya di entry akan datang pula
oh ya,bui senaraikan blog ni ikut giliran permohonan korang semua k..

Entry Menunjuk-Nunjuk

weeee...tu dia,hari ni bui nak buat entry menunjuk2 boleh?..sekali sekala apa salahnya kan..so,korang layan jer lah..hehe....sabtu lepas bui g jalan2 ngan hubby & anak2..niat di hati nak bawak hubby & firhan (anak lelaki bui) g gunting rambut..sebelum pergi gunting rambut tu,kami singgah kat kedai buku dulu sebab nak beli pensil warna baru untuk firhan..pensil warna dia dah ada sebenarnya cuma hari ahad ni tadi,dia ada pertandingan mewarna dan sukaneka tabika dia orang..nak bagi firhan ni semangat 'berjuang'..jadi bui belikan dia pensil warna yang baru..mana tauu,berkat pensil warna baru firhan menang..hehehe

pensil warna baru firhan..hehe
dalam sibuk2 cari pensil warna yang sesuai..tiba2...........mata bui terpandang satu buku............buku cerita,novellah tu..bui hantu novel taww..tapi semenjak dua menjak ni,ada kurang sikitlah membeli..takde masa nak membaca...almaklum sibuk..tapi x tau sibuk apa..haha..nak tau novel apa yang bui jumpa......

masih bau kedai lagi ni..*_*
novel KASIH YANG SUCI....terus bui sambar bawak pergi kaunter...hubby hanya mengeleng2 kan kepala tengok harga novel lagi mahal dari harga pensil warna anak..bui buat dun no jer,minat punya pasal..mahal belakang kira..kat kuching harga novel tu Rm22.90..tak tau pulak dekat tempat korang...

akhirnya dapat jugak bui memiliki novel pujaan ramai ni..agak2 nya mesti dia orang buat percetakan semula banyak2 kot,sebab dekat novel ni ada tercetak adaptasi drama Nora Elena..fuhhh,kaya lah penulis Meen Zulaikha ni kan..mesti banyak dapat royalti..

masa bui tulis entry ni,bui dah baca sampai muka surat 18..baru sikit tapi memang best lah dia punya permulaan cerita ni..teruja nak baca sampai habis..bui kalau baca novel,satu hari pun boleh selesai..hihi..sekian dulu entry menunjuk2..hehehe..sila jangan jelesssss..*_*

sapa2 nak donlod drama ni,
(mana taww aritu ada episod yang terlepaskan..)
boleh klik SINI..bui tolong promote jer..

Wednesday, July 13, 2011

Ketawa Dan Kebaikannya

pepatah inggeris ada menyebut "laughter is the best medicine"..
means ketawa adalah penawar yang paling mujarab..

jom kita lihat fakta tentang ketawa..
  • meningkatkan hormon endorphins dan neurotranmitters.(berbelit2 lidah nak menyebut)
  • menurunkan tahap hormon stress cortisol dan adrenalin..
  • individu yang ketawa 100x dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit..(lepas ni kalau malas bersenam,kita ketawa jer k..)
  • kanak2 berumur antara 4-6 tahun ketawa 400x sehari berbanding hanya 15x sehari dikalangan orang dewasa..(15x..?bui 5x pun susah nak capai..)
  • sebab itu,orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan..
lepas ni nak ketawa puas2 lah..
tapi tak nampak sewel ker kalau ketawa sorang2..?

My Lucky Follower # 4

kalau ikut jadual entry (SINI),sepatutnya bui buat petang isnin yang lepas tapi disebabkan button follower buat hal..jadi bui x dapat nak buat entry promote lucky follower seperti yang dijanjikan...tapi takper,bui tunaikan janji tu ari ni ok..mari kita lihat siapa yang kena...*_*

Cik Rose Cute
kalau nak tengok lucky follower yang lepas2 klik SINI
masa bui dalam proses memilih lucky follower ni,bui agak kecewa sebab masih ramai yang tak letak links dalam profile,jadik secara automatiknya bui memang tak kan pilih follower ni yer..masih tak tau macam mana nak update profile supaya ada link blog korang sila rajinkan diri klik SINI

Wordless Wednesday # 4


unik..*_*
nak tengok WW yang lain klik #1 , #2 , #3

Tuesday, July 12, 2011

Kisah Malam Pertama

eh,kenapa tajuk entry bui hari ni berbau kelucahan yer
pagi tadi kisah aksi 18sx SRK
sekarang pulak kisah malam pertama
uiiii,jangan pulak sangka yang bukan2 ok
bui bukan lah orang yang seperti itu ..*_*
bui baik,bui takkan tergamak nak post entry yang bukan2..
saja jer nak bagi biji mata korang segar sikit
jadi bui bikin gempak bagi tajuk macam ni sebab
selalunya tajuk yang 18sx ni orang suka nak tengok
jangan tak mengaku yer..lumrah kita ni manusia,ada nafsu kan
asal jangan melampau sudah...

sebab ni petang selasa jadi entry petang ni adalah entry gurau senda
tak ingat?tak tau?..klik SINI
entry gurau senda petang ni adalah kisah yang berlaku pada malam pertama
jom layannnn..
Ah Leng yang baru melalui pengalaman malam pertama bersama isterinya,Julia bercerita tentang satu kemusykilan kepada rakannya ,Robert

Ah Leng : menarik juga jadi pengantin baru,ada teman di sebelah lepas terjaga dari tidur..terus buat aku tersengih2

Robert : bertuahlah kau

Ah Leng : tapi aku buat silap pagi tadi,lepas kami bersama,aku memberinya duit Rm100 secara tidak sengaja

Robert : apa?biar betul...

Ah Leng : betul,aku tak tipu lah

Robert : habis tu,Julia marah ke?

Ah Leng : itulah masalahnya..masa aku bagi dia Rm100,dia boleh bagi wang baki Rm25 kat aku..itu yang buat aku musykil ni

Roberts : hah?????

itulah kisahnya..moral of the story..jangan sibuk2 nak cerita kisah malam pertama kita kat orang..kan dah pecah pekung didada sendiri..hihi *_*

entry ni sepatutnya publish pukul 1 tadi,tapi internet problem pulak so,bui publishkan lewat sikit yer

Aksi 18SX Shah Rukh Khan

ehem2..kemain lagi bunyi tajuk entry bui kali ni..
mesti laju jer tangan tu klik kan..hahaha..kantoiiii
ekceli,bagi bui aksi Shah Rukh Khan (SRK) dalam video klip ni memang 18sx
buat bui tak senang duduk
buat bui berangan nak jadi kojol..eh Kajol lah
buat bui berada didalam dunia khayalan
buat bui feeling habis-habisan
byk2 video klip cerita hindustan
video klip buat bui sangat feeling..
rasa nak berguling2 jugak ikut macam dalam aksi2 tu
hahaha..tp bukan dengan SRK ok..haram..
surelah dengan hubby..halal lagi

menurut sumber,lepas buat video klip ni
seminggu SRK dan isterinya x bertegur sapa
dan dengar khabar jugak,seminggu jugak SRK tidur kat luar rumah
kui..kui..sila jangan percaya..bui tipu jer
tapi kalaulah bui jadik isteri SRK..kalaulah..
mesti bui cemburu habis..sapa tak cemburu tengok hubby kena raba perempuan lain
dusshhhh..kajol terus kojol bui kerjakan..ngeh2..angan2 jer..

so,apa kata korang layan...


mesti tengok sampai habis baru akan terasa best..hihihi..*_*

Monday, July 11, 2011

Tukar Nama

selamat pagi cikgu..eh
hehe..ucapan yang selalu aku terima kat sekolah
dalam hati rasa nak ketawa
ada ker bui yang kerja sebagai 'tukang kebun'
(sila jangan percaya..bak kata Cik KB)
dipanggil nya cikgu

bui jawab jugak,sambil2 buat muka serius
ya..selamat pagi..hihi
oopss,sebenarnya bui bukan nak cerita pasal tu
ni ha,tengok tajuk entry..TUKAR NAMA

kalaulah korang semua perasan
(Niena dh perasan sebelum ni..sayang Niena,dia memang prihatin..*_*)
sebelum ni bui guna nama Bui Idzra Ryn
tu nama glemer jer..
Idzra tu sebenarnya nama sambungan bui & bekas pakwe
(kisah lama..huhu,takyah ungkit lagi)
pastu Ryn tu pulak nama yang bui dan bestfren reka masa kami sekolah menengah
ala2 nama glemer gitu..haha

sekarang bui tak nak guna nama tu lagilah
bapak bui nama Junaidi,bukan Idzra Ryn
so,sekarang bui tukar nama jadi BUI JUNAIDI
nama penuh bui,takyah lah korang tahu..hehe
yang pasti nama sebenar bui sangat klasik
korang nak teka ker..?silakan..start dari huruf R
sayang korang yang baca entry bui sampai habis..*_*


psstt : sebenarnya kalau ikut jadual entry,petang ni sepatutnya bui buat entry promote lucky follower,tapi button follower bui tengah merajuk..jadi bui tunda sampai button tu kembali ok yer..(inilah padahnya kalau tak buat awal2..huhu..)

SAYA NAK PROMOSI JUGAK

niena buat segmen promosi blog..
yuhuuuu..bui mestilah join,sapot niena..hehehe..



tepek header niena..done..
letak link entry niena dalam entry ni..done..
sapa2 nak join jugak boleh klik SINI
tu ajer,senangkan..jomlah join rame-rame..(bak kata ucop wilcha..*_*)

Sunday, July 10, 2011

Jom Join Giveaway Gadis Desa

salam semua..hari ni pun hari merajinkan diri join segmen..hehe
untuk segmen/GA ni pulak,bui telah di tag oleh Zareliqa tengkiuu laling *_*


bui nak tag,
Niena
 &

ok,beresss..
oooopsss..nyaris lupa..nak join klik SINI ..*_*